Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu akui gembira selepas berjaya merialisasikan hajat isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissudin untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran yang berlaku di Bachok, Kelantan pada Febuari tahun lalu.
Menurut Shuib, sewaktu musibah tersebut baru berlaku, arwah isterinya merupakan individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh ini.
“13 Februari 2021 #ThrowBack. Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu dua keluarga ni untuk ada rumah baru.
“Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram .
Menerusi entri yang sama, Shuib turut berkongsi klip-klip video lama sewaktu dia dan Allahyarham Siti Sarah menziarahi tapak perumahan yang hangus dijilat api itu.
Dikesempatan itu juga, Shuib turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah berkerjasama bagi memastikan projek tersebut dapat direalisasikan.
“Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untukk melihat dua rumah ni di bangunkan.
“Ibu, Alhamdulillah, dah siap rumahnya sayang @sitisarahraissuddin,” kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Shuib akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Murah rezeki awak dunia akhirat.
“Sentiasa mengalir pahala arwah.
“Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.
“Ya Allah, Shuib. Sungguh mulia hati arwah. Semoga arwah berbahagia di syurga.
“Ya, Allah, pahala jariah tak putus-putus buat Sarah. Bahagianya, mewah arwah disana,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanga tinggal sehelai sepinggang.
Untuk rekod, Siti Sarah telah pun menghembuskan nafasnya yang terkandas pada tanggal 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.
Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 2011 dan telah terlebih dahulu dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.