
Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz, Hafiza Basharahil tampil berkongsi pandangan peribadinya di Instagram Stories.
Tulis Hafiza, air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia.
“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.
“Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayangan kita sendiri wallahualam,” tulisnya berserta tanda pagar #PandanganIkhlas.
Bagaimanapun, difahamka Hafiza tidak menujukan kemaskini berkenaan kepada mana-mana individu.
Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.
Susulan kontroversi itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mahu Buat Laporan Polis Tapi Ibu…,” – Haqiem Rusli Jawab Isu Foto Viral mirip Wajahnya Yang Sedang Tidur Sebelah Seorang Wanita

Selepas foto yang didakwa mirip wajahnya yang sedang tidur bersama seorang wanita yang mulai tersebar di media sosial baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli tampil memberikan penjelasannya.
Memetik mStar Online, penyanyi Jatuh Bangun itu memberitahu foto tersebut merupakan hasil suntingan pihak tidak bertangunggjawab selain mengakui pada peringkat awal, pihaknya mahu membuat laporan polis.
“Apa yang boleh saya cakap, ia hasil suntingan. Pada mulanya saya mahu buat laporan polis tapi ibu menasihatkan saya agar biarkan sahaja.
“Ibi nasihat krpada nak takut kerana saya tidak bersalah dalam hal itu, lama-lama perkara ini akan lenyap.
Penyanyi remaja berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang cuba menganiaya dengan menyebarkan fitnah berbentuk foto itu.
Bersyukur kerana keluarga memahami atas situasi yang berlaku, Haqiem menjelaskan dia berada dalam dunia hiburan adalah untuk menghiburkan peminat semata.
“Saya tidak tahu siapa yang buat dan kenapa ada yang mahu jatuhkan saya. Apa yang saya buat salah, saya sentiasa minta maaf. Saya dalam industri ini nak hiburkan orang sahaja,” jelasnya.
Terdahulu, Haqiem ditemui media pada majlis pelancaran telefon pintar Samsung Galaxy A yang turut mengumumkan dirinya sebagai skuad Galaxy A. Turut sama dalam senarai skuad berkenaan ialah Nabila Razali dan Ismail Izzani.
Sumber: mStar Online, Foto: Instagram Haqiem Rusli & Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CIMB Rising Start Ingin Realisasikan Impian Anda! Menangi Kontrak Rakaman & Wakili Negara Ke Indonesia

Impian anda untuk bergelar penyanyi dan beraksi di pentas berprestij di Asia Tenggara kini bukan lagi satu mimpi.
CIMB Rising Start kini sedang mencari dua bakat terhebat untuk direalisasikan impian mereka yang ingin menjadi seorang penyanyi.
Program yang buat julung kalinya diadakan oleh bank terkemuka negara, CIMB Malaysia akan menyediakan setiap apa yang anda perlukan untuk mengorak langkah di dalam industri seni tanah air.
Dua pemenang (yang akan diumumkan pada 15 Julai) bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, coaching one on one bersama penyanyi terkemuka Hael Husaini dan tawaran kontrak bersama syarikat rakaman terkenal, Rocketfuel Entertainment.
Malah, mereka juga bakal mewakili negara dan akan diterbangkan ke Jakarta, Indonesia untuk bertanding bersama peserta-peserta daripada negara jiran di peringkat regional CIMB Rising Start pada 31 Julai.
Bukan itu sahaja, juara regional CIMB Rising Start pula bakal berkongsi pentas bersama penyanyi ternama Indonesia seperti Cakra Khan, Rossa, Marcell, Maudy Ayunda dan ramai lagi di dalam acara Grand Konser Kejar Mimpi Untuk Indonesia pada 24 Ogos.
Cara penyertaannya sangat mudah! Muat naik video nyanyian terbaik anda di platform Instagram atau Tik Tok dan tag @CIMBMalaysia berserta hashtag #CIMBMYRisingStart.
Penyertaan terbuka buat seluruh rakyat Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun manakala tarikh penyertaan pula bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun ini. Serlahkan bakat terpendam anda, mungkin anda adalah juara CIMB Rising Start yang dicari!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selama Ini Banyak Travelog Untuk Orang Dewasa Sahaja,” – Kembara Awish & Juju Pusing 1 Malaysia, Lain Dari Lain!

Program Kembara Awish & Juju bakal memaparkan Awish bersama pupet, Juju bersama rakan-rakan lain mengembara ke beberapa destinasi sambil berkongsi ilmu bersama penonton.
Jangan ketinggalan untuk menonton siri lawatan mereka ke pusat konservasi penyu Terengganu, ladang teh di Cameron Highland selain menjejakkan kaki ke muzium tertua di Malaysia di Taiping, Perak.
Menerusi rancangan yang sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di TV1 pukul 4.30 petang itu, mereka mengembara ke serata pelosok negara untuk menambahkan pengetahuan selain dapat merasai pengalaman baharu.
Bagi penerbit, Anuar Che Embi, beliau menyifatkan perjalanan yang dilalui oleh Awish, Juju dan beberapa rakan-rakan yang lain memberikan perspektif baharu kepada kanak-kanak serta memberikan pengetahuan kepada mereka tentang tempat menarik yang ada di dalam negara.
“Selama ini kita hanya melihat banyak rancangan travelog khusus untuk orang dewasa sahaja tetapi kali ini kita bawakan kelainan dengan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menjadi teraju utama pula.
“Jadi kita fikir watak Awish perlu ada teman. Kita masukkan watak Juju yang juga merupakan pupet yang ceria dan menghiburkan sebagai teraju utama yang akan bercerita pelbagai perkara bersama,” kata penerbit yang sudah berpengalaman luas ini lagi.
Sepanjang penggambaran berlangsung, Anuar dapat melihat sendiri kegembiraan kanak-kanak yang terlibat apabila dapat merasai pengalaman baharu seperti memetik epal dan daun teh, melihat penyu dan gajah serta menambah pengetahuan baharu apabila menjejakkan kaki ke muzium dan pusat sains.
“Ini yang cuba kita semarakkan dengan menerbitkan Kembara Awish & Juju. Kita juga mahu mereka yang menonton dapat pengetahuan dan teruja untuk melawat lokasi menarik dalam negara selain daripada memberikan mesej positif kepada semua,” katanya.
Watak Awish dimainkan oleh Armand Darwish Anuar yang juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2.
Watak Alisya dilakonkan oleh Aleesha Qaisara; Asadel (Muhammad Asadel Mikael); Marissa (Ariana Marissa); Bavishan (Bavishan Nair) dan Stacy (Ilyn Loh).
Sementara watak Juju pula dimainkan oleh Meor Mardzuki yang berpengalaman luas dalam seni pupet dan menggunakan suara Farish Andika.
Tambahnya lagi, dia terfikir untuk menerbitkan rancangan yang mengangkat watak pupet kerana sudah tidak banyak lagi rancangan sebegitu yang diketengahkan hari ini. Kebanyakan penerbit sudah beralih kepada animasi dengan menghasilkan kartun dan sebagainya.
“Bagi generasi terdahulu pupet bukan asing bagi mereka memandangkan ada rancangan sebegitu diterbitkan. Kita cuba menghidupkan semula peranan pupet untuk memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak bawasanya hiburan ini luas.
“Tapi menerusi Awish dan Juju, kita suntik elemen travelog berbanding hanya duduk di studio seperti kebiasaan. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahun kanak-kanak tentang tempat menarik di serata negara tetapi dalam masa yang sama menyuntik nilai murni kepada semua,” kata pemilik produksi Ace TechnoScience Sdn Bhd ini lagi.
Menariknya, Kembara Awish & Juju ini mendapat sambutan hangat daripada penonton sejak ditayangkan beberapa minggu yang lalu. Diterbitkan sebanyak 13 episod, mereka menjelajah ke 13 lokasi yang akan memberikan dimensi baharu kepada penonton.
Antara lokasi yang dilawati termasuklah Zoo Taiping, Perak; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang; Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan beberapa lokasi menarik di Melaka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI