Kecoh apabila timbul pula cerita yang kononnya, ahli keluarga kepada bintang Korea Selatan, mendiang Sulli yang didakwa rebutkan harga peninggalan bintang berkenaan.
Terdahulu, Sulli meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, belum sampai empat bulan pergi, kedua ibu bapanya didakwa telah bertelingkah gara-gara rebutkan aset peninggalan yang dianggarkan mencecah hingga RM18 juta.
Ads
Menurut laporan Allkpop, abang sulung Sulli, Choi Dae-hee mendedahkan di laman sosial bahawa bapa mereka kini sedang ‘berjuang’ untuk menuntut aset peninggalan adiknya itu.
Choi turut mendakwa, bapanya sebelum ini juga tidak hadir sewaktu majlis pengebumian Sulli.
Ads
Malah jelasnya, mereka dibesarkan oleh ibu tunggal dan meminta bapanya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan daripada perspektif sendiri.
Menurut laporan juga, Choi sebelum ini menolak untuk menerima harta peninggalan adiknya selepas kedua ibu bapanya bermusuh gara-gara isu tersebut.
Ads
Sulli sebelum ini ditemui mati oleh pengurusnya di tingkat dua kediaman yang terletak di Seongnam, Seoul, Korea.
Sumber : Allkpop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak Hailey Bieber, Alaia Baldwin telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Georgia kerana menyerang pelayan bar pada 24 Februari 2024. Bukan sekadar menyerang bahkan dia dikatakan membaling tampon yang sudah dipakai.
Dalam kejadian yang berlaku di Club Elan itu, Alaia yang merupakan anak sulung pelakon, Stephen Baldwin, dikatakan melakukan kesalahan kerana menggunakan tandas khusus untuk pekerja kelab tanpa kebenaran.
Apabila diberitahu dia tidak dibenarkan menggunakan tandas tersebut, model berusia 31 tahun itu naik angin. Ekoran itu dia mula bersikap agresif dan menyerang tiga orang pekerja bar tersebut.
Mengikut laporan polis yang diperoleh media, apabila pihak berkuasa sampai kesemua pekerja yang ditemui berkongsi kisah yang sama mengenai kes tersebut.
Seorang lagi pekerja wanita yang merupakan pelayan bar mendakwa dia dibaling tampon terpakai apabila dia masuk ke tandas pekerja yang digunakan Alaia untuk menyuruhnya menggunakan tandas awam.
Dua lagi pekerja yang merupakan pengawal keselamatan kelab tersebut mendakwa Alaia menarik rambut salah seorang dari mereka hingga tecabut manakala seorang lagi pula ditendang di celah kangkang.
Biar pun ditahan polis untuk siasatan lanjut. Minggu lalu, isteri kepada Andrew Aronow ini dilihat telah bersiar-siar di sekitar rumahnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas bintang televisyen kanak-kanak era 90-an, Rory Callum Skyes, dilaporkan meninggal dunia dalam fenomena kebakaran yang melanda Los Angeles kini. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu pelakon tersebut, Shelley Skyes, menerusi platform X.
“Dengan rasa sedih yang besar saya terpaksa mengumumkan kematian anak lelaki saya yang dalam kebakaran Malibu semalam. Saya benar-benar patah hati,” tulisnya
Jabatan bomba mendedahkan kepada Shelley bahawa kematian anaknya itu disebabkan Rory terhidu gas karbon monoksida. Bekas pelakon kanak-kanak itu berusia 32 tahun ketika meninggal dunia.
Biarpun dilihat dengan mata kasar Rory kelihatan sempurna, namun bekas bintang cilik itu sebenarnya dilahirkan dengan kondisi penyakit yang membataskan pergerakannya.
“Rory dilahirkan buta akibat cerebral palsy dan mempunyai masalah untuk berjalan. Namun, dia mengatasi kekurangan itu dengan pembedahan dan terapi untuk memulihkan penglihatannya dan untuk dapat belajar berjalan.
“Walaupun dilanda kesakitan, dia tetap bersemangat mengembara keliling dunia bersama saya dari Afrika hinggalah ke Antartika,” sambung Shelley lagi
Dilahirkan di Britain dan kemudiannya dibesarkan di Australia sebelum menjadikan Los Angeles, Amerika Syarikat sebegai tempat tinggal tetapnya, Rory terkenal dengan siri relaiti Kiddy Kapers. Rancangan tersebut merupakan rancangan realiti kanak-kanak yang turut menampilkan Shelley sebagai pengacara bersama.
Biarpun bergitu, Rory tidak meneruskan kerjayanya dalam dunia penyiaran sebaliknya bergelar seorang gamer yang kemudiannya berkecimpung dalam dunia pelaburan dan motivasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem berujudul Ride On memberi penghormatan kepada bintang filem antarabangsa, Jackie Chan atas sumbangannya selama 60 tahun dalam industri filem hiburan.
Bakal menemui penonton di pawagam bermula 13 April ini, filem aksi komedi itu dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing.
Menerusi naskhah berkenaan, Jackie Chan mendukung peranan sebagai ‘stuntman’ bernama Luo yang tinggal bersama kuda kesayangannya, yang dipanggil Red Hare.
Pada suatu hari, Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk mendapatkan bantuan bila kehidupan mereka mula diancam oleh pemungut hutang untuk melelong kuda peliharaanya itu.
Penulis dan pengarah filem tersebut, Larry Yang turut memberi penghormatan kepada Ikon Global Antarabangsa itu apabila menerapkan pelbagai babak yang bakal menjentik hati para peminat.
“Saya peminat tegar Jackie Chan dan ia adalah impian seumur hidup untuk bekerjasama dengannya di dalam sebuah filem. Selepas menonton dokumentari tentang ‘Lagak Ngeri’, saya menulis cerita ini dan langsung mengajukannya kepada Jackie Chan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, Jackie Chan turut akui tersentuh mengetahui mengenai jalan cerita Ride On sekaligus bersetuju untuk menjadi teraju utama.
“Sebahagian daripada kisahnya membuat saya menangis, dan bagi saya, untuk menunjukkan ‘semangat lagak ngeri’ kepada dunia, bermakna saya mesti melibatkan diri dalam filem ini!
“Selagi saya masih boleh bergerak dan masih mampu melawan, saya akan terus berlakon dalam filem. Ini adalah cara saya untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan saya kepada semua peminat saya di seluruh dunia atas sokongan mereka selama ini,” katanya lagi.
Lebih bermakna, tahun ini merupakan tahun ke-60 dia terbabit dalam dunia lakonan antarabangsa.
“Dari seorang yang tidak dikenali hingga sekarang, saya telah mendapat sokongan peminat di seluruh dunia. Selagi saya mampu, saya berharap dapat membuat filem setiap tahun untuk penonton dan peminat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...