Mengakui tidak begitu gemar membeli-belah, penyanyi Azharina Azhar mengakui dia sedari kecil sudah dia dimanjakan ibu dan bapa yang tidak pernah lokek berbelanja untuk anak-anak.

Malah penyanyi Elegi Sepi itu masih teringat saat-saat apabila bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat membeli belah menutup operasi kepada orang ramai selama satu jam semata-mata untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.

“Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara. Kami adik beradik sangat bertuah kerana dimanjakan kedua orang tua.

“Saya sewaktu di sekolah menengah pula, bapa meminta sebuah pusat membeli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam khas untuk saya dan adik shopping.

Ads

“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya jujur kepada MH.

Ulas penyanyi berusia 35 tahun itu lagi dia jarang berkunjung ke pusat membeli-belah di negara ini, sebaliknya lebih senang berbelanja di luar negara jika mengizinkan.

Ads

“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’. Saya bukan manusia yang gemar bershopping dan percayalah, orang jarang akan berjumpa saya di tempat sedemikian selain beli barang keperluan.

“Saya tidak akan pergi membeli jika hanya mahu membeli sehelai seluar. Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz. Satu kedai, selalunya saya perlukan hanya 15 minit untuk tujuan itu.

Ads

“Sementara di rumah, saya peruntukkan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian, malah setengah daripadanya telah dihantar ke Sabah. Saya mementingkan kualiti kerana sedari kecil, ibu dan bapa selalu berpesan, jika membeli, lihat kualiti kerana ia tahan lama,” tambahnya.

Untuk rekod, Azharina mula berkecimpung dalam dunia hiburan selepas merangkul gelaran Juara Bintang RTM pada tahun 2001 dan bintang ini pernah muncul juara dalam program Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016.

Foto : Instagram Azharina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI