Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan dirinya baru sahaja kembali menemukan semangat untuk menjalani rutin hidup secara normal dan sihat.
Menurut Wany, sebelum ini, dia merasakan dirinya seperti kurang motivasi dan lebih cenderung untuk bermalas-malasan ketika di rumah.
“Saya ini seperti baru keluar daripada gua. Beberapa minggu sebelum ini, saya rasa seperti malas nak buat apa-apa. Nak kata burn out pun saya tak pasti. Cuma perasaan malas itu menguasai diri.
“Kalau soal kerja, saya tiada masalah. Namun, bila balik, saya hanya akan duduk, banyak makan dan bermalasan.
“Jadi, situasi ini sangat tak elok untuk saya sehingga berat baik naik sehingga 59kg daripada 54kg. Ini paling berat. Saya tak kisah sangat fasal berat cuma tak best bila badan tak cergas,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Menahan Rindu itu juga ingin berterima kasih kepada ibunya kerana telah banyak memberikan nasihat.
“Bila kita tersekat di fasa itu dan nak mulakan semula hidup produktif, ia sangat susah. Saya kena berperang dengan diri sendiri.
“Nasib baik ibu selalu brainwash sebab dia yang sentiasa ada dekat dengan saya.
“Jadi, saya mula semula dengan kembali bersenam, sertai kelas kick boxing, kelas mengaji dan daftar anak ke kelas berenang. Saya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti,” kongsinya lagi.
Wani berkat sedemikian ketika ditemui di progam Meet And Greet AJL38 baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya ada menerima luahan yang sama daripda para ibu di media sosial.
“Sesiapa yang mengenali saya, mereka tahu yang saya jarang berkongsi hal peribadi di media sosial. Biasalah, manusia nak tengok hal yang indah sahaja.
“Malah, media sosial juga tempat kita bekerja dan para klien akan melihat. Namun, selepas saya berkongsi keadaan saya itu, saya terima banyak DM daripada pengikut dan rakan artis yang sudah bergelar ibu.
“Mereka kata, itu perkara normal dan fasa yang harus kita lalui. Yang penting kita kena bangkit semula. Mereka juga beri semangat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI