Usahawan Rozita Ibrahim mendedahkan sisi sebenar anaknya yang juga usahawan selebriti, Aliff Syukri yang sering membuat kejutan dengan menghadiahkan tudung keluaran syarikatnya buat ibu tersayang.
Malah, dia yang selesa disapa sebagai Bonda Rozita turut berkongsi tudung terkini turut diberikan kepada pekerja yang rapat dengan dirinya.
“Kri (Syukri) suka paksa saya pakai tudung yang saya tak suka. Dia suruh saya pakai katanya trending coral org muda.
“Dia kata style saya KG.com. Saya ye kan je lah. Yang bagusnya, Kri ni akan kasi saya semua koleksi tudungnya.
“Staf yang rapat dengan saya pun dapat. Staf sukalah kalau Kri datang, dia akan kasi duit, tudung dan macam2 lagi.
“Pemurah walau mulut dia memang tak beralas lapik meja,” dedah Bonda Rozita.
Pendedahan tersebut dikongsikan melalui satu video yang dimuat naik di IG TV baru-baru ini.
Di dalam video berdurasi kira-kira 6 minit itu, Aliff antara lain berkongsi helaian tudung terkini kepada Rozita sambil mengakui cetakan pertama tudungnya sudah pun habis terjual.
Foto: Bonda Rozita Ibrahim