Ibu Chef Wan Dijaga Jururawat Khas, Sekitar RM5,800 Sebulan; “Sedekahkan Kepada Kesejahteraan Ibu Kita…”

Share

Selebriti Cef Datuk Redzuawan Ismail mendedahkan dia mengupah seorang jururawat khas hampir RM6,000 untuk menjaga keperluan ibunya ketika di rumah.

Datuk Redzuawan atau Chef Wan menjelaskan, jururawat tersebut diambil khusus untuk pesakit demensia seperti yang dihidapi ibunya.

“Mom and her new elderly dimentia / cancer nursing girl. She lived just next to us in Putrajaya. Orang dari Sabah with 4 years previously working in a nursing home and caring for the terminally ill patients too.

“Their agent charged rm180 per day from 9am to 6pm daily. Sebulan about RM5,800 to more with OT.

“Biar la mereka berjinak-jinak dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. When the time come she can handle her well.

“At this moment just day time only as in the evening there me and my maid still around to handle her.

“I feel at ease that she get a prof help to shower her, change diapers, feed her breakfast, bagi medication and abit of exercise as well making sure also she has her morning and afternoon nap,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan Chef Wan di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Dalam pada itu Chef Wan cuba memberikan yang terbaik dan berkorban demi ibu tersayang.

“Banyak bezanya bagi maid dan profesional nurse yang tahu handle dimentia and cancer patient pun. Tak pe la duit boleh cari ibu adalah segala galanya.

“You must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort. Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri.

“Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti. Some children ada kemampuan pun mereka akan kedekut dan bergaduh sesama adik beradik nak menjaga parent mereka yang tua.

“Duit itu baik la guna untuk kemewahan hidup mereka masing-masing. Mereka macam tak puas dan gelojoh mengumpul segala harta dunia ini tanpa memilkir kebajikan ibu dan bapa mereka.

“Mereka baca ini pun mereka benci. Saya dikutuk dan dikata macam-macam konon nak tunjukkan diri saya ini baik. We all have ears… ada yang sampai balik ke telinga saya.

“Saya senyum dan maafkan sahaja mereka ini kerana belum nampak kebenaran ini semua. Tapi bila saya baca di sini ada yang kata perbuatan saya jadi satu inspirasi kepada mereka masing-masing to follow my journey i smile dan rasa bersyukur sangat.

“Tak banyak di dalam satu juta ada satu orang pun boleh ikut macam saya i am very happy. You can never go wrong by being kind and generous to your own parent.

“Insyallah, Allah will blessed your life and after life.

Manusia yang terasa pedas ini yang pasti akan mencebek mulut, mengumpat dan mengata. That normal in this life. Never ambil hati ignorance is bliss!,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah pun menerima lebih 25,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH