Ibu kepada pelakon dan pelawak, Chiwan Chilok, Rokiah Salam telah menghembuskan nafasnya yang terkakhir pada jam 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri menerusi entri terkini di laman Instagram.
“Mak saya baru meninggal dunia pukul 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Al-Fatihah Rokiah Bt Salam,” tulisnya.
Sementara itu, arwah ibu Chiwan dilaporkan telah selamat dikebumikan selum solat asar.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan pelawak, Sharif Zero menerusi sekeping foto yang dikongsian di ruangan Instagram stories.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut mendoakan semoga ibu Chiwan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
Sebelum ini, Chiwan pernah memaklumkan ibunya itu terpaksa ditidurkan berikutan masalah jangkitan kuman pada paru-parunya.
Malah, ibunya juga dikatakan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana keadaannya yang sangat lemah.
Terdahulu, Chiwan juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Ood yang bertanding di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-3.
Ads
Selain Chiwan, kumpulan Ood turut dibarisi dua anggota lain iaitu Man Raja Lawak dan Zahid Baharudin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Chiwan Chilok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem ESCAPE yang sepatutnya bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Mac depan ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan pengarah filem berkenaan, Ikhwansha Hazer selepas pihak produksi Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation mendapati situasi penularan virus Covid-19 yang sedang seluruh dunia memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.
“Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem ESCAPE ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem ESCAPE ini,” katanya.
Ikhwansha turut menjelaskan, berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa pihak pemamer tempatan, mendapati berlaku penurunan ketara hampir 50 peratus jumlah penonton ke pawagam tempatan sejak virus Covid-19 mulai tular awal tahun ini.
“Situasi ini sekali gus memberi kesan kepada sambutan terhadap filem tempatan dan antarabangsa.
“Pihak produksi berharap penularan virus Covid-19 yang sedang mengancam Malaysia ketika ini akan segera beransur pulih,” terangnya lagi.
Filem ESCAPE adalah filem ‘Cerebral Thriller’ yang menampilkan barisan pelakon popular tempatan.
Antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Normah Damanhuri telah memuat naik satu foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, bintang senior ini telah berkongsi gambar dia bersama salah seorang anaknya, usahawan Liana Rosli atau mesra dipanggil Kak KM.
Menjadi perhatian, apabila gambar tersebut telah memaparkan dua beranak ini kelihatan sangat sopan bila memakai tudung sempenan bulan ramadan yang mulia.
“Kesayangan ku Dunia Akhirat #jantunghatiku #bidadariku #permatahatiku @kmbeauty_hq”tulisnya.
Lantas, perkongsian gambar tersebut telah mendapat pujian daripada peminat.
Di samping itu, peminat telah memuji dua beranak ini yang dikatakan kelihatan sangat sopan apabila bertudung.
Terdahulu, Normah pernah menjadi perhatian netizen di laman media sosial gara-gara kontroversi majis perkahwinan anak lelaki, Ahya Rosli yang turut menampilkan para penari seksi.
Nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menjadi perhatian berhubung reaksinya terhadap sikap sesetengah pihak yang didakwa malas, mengharapkan bantuan tanpa usaha semata-mata.
Warganet memberikan pelbagai pandangan, termasuk usahawan, Rozita Ibrahim yang menyifatkan situasi ekonomi yang dihadapi segelintir individu tidak sama dengan masalah sebelum ketiadaan wabak Covid-19.
Rozita atau sinonim dengan sapaan Bonda Rozita bagaimanapun turut menasihatkan orang ramai untuk menjaga sensitiviti dan hormat antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
“Dato Vida, janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh, usaha. Saya minta maaf dulu pd datuk Vida apa sy ulas ni adalah baik2 belaka utk semua orang.
“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu xda COvid mana ada org kebar bendera putih nak minta makanan.
“Byk lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yg lebih jahat. Menakutkan, dibenci oleh negara.
“Sy pernah lalui kemiskinan tp bukan dlm Covid. Tak semua org miskin meminta2 ..!! Ayat malas xsesuai digunakan dlm rakyat stress. Kita simpati kita kena ada sensitivity sbb manusia sekarang sgt teruk perasaannya.
“Posting berhati2 utk menjaga perasaan hati semua orang “rakyat tolong rakyat, kami x nak ada yg kelaparan & bunuh diri,” katanya.
Malah, Rozita berpendapat secara logik, tiada siapa yang akan suka-suka menaikkan bendera putih dan pada fasa sekarang, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.
“Org bersimpanan RM byk ada sikit % je, klu lama mana pun xboleh bertahan. Covid ni xtau lama mana lagi lihat saja berapa byk company besar bankruptcy- berapa byk hilang kerja & bercerai sbb Covid.
“Dlm isu sekarng kita jgn salahkan sesiapa pun! Kita semua dah cukup tertekan. Kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan LOGIKNYA tak da org suka naikan bendera putih.
“Saya tengok pun sedih dan sy tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sbb rakyat kita bukan jenis meminta minta. Semua org nak kerja, xharap duit kerajaan ..!!
“Kita nak kehidupan bebas dulu. Kita semua dh usaha mcm2. Kalau dah Kawat besi, saman sana sini, Viral langgar SOP sedangkan anak rumah lapar itu tekanan besar pd Kami. Belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua dikampung,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri memuji tindakan Vida yang mahu memberikan kata semangat kepada orang ramai untuk sentiasa berusaha.
“Bonda respect Dato Vida juga sbb niat dia bagus nak kasi motivasi pd rakyat Msia yg mana niat dia baik sangat, tetapi rakyat kita xperlu motivasi begitu saat begini. Mereka lagi down nanti.
“Mereka dlm gelora & down, jgn kita tambah kepedihan mereka. Kita org tua Dato Vida, byk pengalaman suka-duka,” tulisnya lagi.
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...