Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata keenamnya Jumaat lalu.
Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.
Pada masa sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz.
Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram.
Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya.
“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.
“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah.
Foto: Instagram Zul Yahya