Walaupun masih belum mengerti apabila insan bergelar bapa sudah pergi mengadap Ilahi, namun anak kepada arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih mesra disapa Hamzah kerap kali menunjukkan kerinduannya terhadap arwah bapa.
Menurut isteri Fad Bocey, Syaheera, balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali bercerita bahawa Hamzah merindui arwah bapanya dan akan mengucup skrin telefon yang tertera wajah arwah Abam.
Terbaru, ketika kunjungan mereka menjengah Nurhidayah dan Hamzah, anak kecil itu sekali lagi menunjukkan perilaku yang sama menggambarkan akan kerinduannya terhadap arwah bapa.
“Haritu ibu cerita hamzah rindu sgt dgn ayah .mcm cari2 ayah dia .mana la menghilang dri pandangan dia .ibu dia tunjuk gambar tu terus hamzah tarik nk cium2 .ktorang pun cuba la buat malam tu ,tengok2 ya Allah anak.
Ads
“Sekecil ni kau dah faham erti rindu .bayangkan lah ktorang yang tengok malam tu rasa apa.
“Ibu dgn hamzah jangan risau ,ramai sayangkan anak kecil ni .ramai yang pedulikan anak kecil ni. moga kasih sayang buat hamzah terus berkekalan,” jelasnya.
Pelakon dan pengarah filem Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz memasang impian agar buah tangan pertamanya itu dapat mengecap kejayaan sama seperti filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih jumlah kutipan hampir RM100 juta.
Menurut Fizz, tidak salah untuk seseorang itu mempunyai angan-angan demi menggapai kejayaan.
“Untuk menghasil filem ini, saya ada buat sedikit research dan bertanya kepada orang ramai mengenai trend filem Malaysia masa kini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan.
“Mungkin filem ini boleh berada di tangga kedua di belakang filem Mat Kilau. Mana kita tahu. Mungkin boleh sampai RM95 juta. Itu hanya target. Angan-angan tak perlu bayar.
“Apa yang saya buat, mesti kena ada target. Saya buat cerita ini untuk orang-orang yang perlukan hiburan. Orang ramai ketika ini sudah muak dengan politik dan hal ekonomi,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia itu berharap agar kuasa media sosial sedikit sebanyak dapat mempromosikan filem yang menelan belanja RM1.2 juta.
“Sewaktu filem Mat Tudung 2014, saya, Izzue Islam dan Nelydia Senrose belum terkenal pun lagi. Kami masih baru dalam industri. Media sosial pun tak serancak sekarang.
“Jadi, bila media sosial sudah menjadi semakin pesat, segalanya boleh dilakukan di hujung jari dan kemudian menjadi trend. Jadi, saya memang mengharapkan kuasa media sosial.
“Oleh itu, seiring perkembagan industri hiburan serta kuasa netizen, insyaAllah filem ini akan berhasil. Paling sedikit pun boleh cecah RM10 juta,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai kritikan daripada netizen dan beberapa pendakwah bebas terhadap filemnya itu, Fizz menyifatkan perkara tersebut merupakan lumrah sebagai seorang anak seni.
“Terima kasih kepada pendakwah bebas itu kerana viralkan poster filem saya. Walau apapun komen yang kita terima, sebagai anak seni, kita kena lali. Saya sudah berada di dalam industri ini lebih 20 tahun, akan ada yang suka dan tidak.
“Kalau cepat melatah, kita akan gagal. Saya kena terima apa sahaja kritikan dan cuba menjawab atau membalas semula dengan cara yang betul.
“Kalau ikutkan, filem tahun 2014 itu lagi menonjol penyamaran sebagai wanita itu. Namun, kali ini, saya bagitahu Achey, kita tak payah bersolek. Hanya pakai tudung dan lipstick sahaja.
“Saya tahu batas-batas LPF ini macam mana. Orang luar boleh bercakap apa sahaja. Nawaitu saya untuk hasilkan filem ini hanyalah untuk penyamaran dan bukan untuk ‘memondan’ hari-hari,” akhirinya.
Terdahulu, Mat Tudung Begins mengisahkan mengenai watak Johari yang dilakonkan oleh Fizz yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal memberi penilaian kepada hotel mereka.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanggung kerugian lebih RM50,000, rumah keluarga dan kafe kepunyaan penyanyi, Wani Syaz merupakan antara yang teruk terjejas akibat musibah bajir di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Jelas Wani, ketika kejadian air naik itu, dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan nenek yang uzur, kucing dan beberapa helai baju sahaja.
“Rumah dan kedai kepunyaan saya merupakan antara yang teruk terkesan akibat banjir. Kalau ikutkan, memang tiada apa yang dapat diselamatkan di rumah tersebut.
“Memandang kami ini rumah kampung, untuk air kembali surut itu bukan sekejap. Kemungkinan ambil masa tiga minggu juga. Air naik hingga ke paras pinggang.
“Ketika air naik, saya hanya sempat selamatkan kucing, bantu nenek yang lumpuh dan capai beberapa helai baju. Perabot dan perkakasan elekrik memang tak dapat nak diselamatkan.
“Saya tak pasti tentang jumlah kerugian. Namun, saya anggrankan lebih RM50,000. Kafe saya pun terkesan tapi saya sempat angkat perkakasan elektrik ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan single duet terbarunya bersama Wany Hasrita berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Kongsi penyanyi berusia 25 tahun ini lagi, disebabkan jumlah mangsa yang terkesan agak tinggi, dia sekeluarga tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaliknya menetap di rumah sepupunya sehingga banjir surut.
“Kali terakhir Batu Pahat dilanda banjir besar seperti ini adalah pada tahun 2006. Ketika itu, saya masih kecil. Jadi, saya tak berapa ingat. Bila dah besar ni, baru tahu macam ni rasanya banjir.
“Kami tak pergi ke PPS kerana penuh. Jadi, kami sekeluarga menumpang di rumah sepupu saya. Alhamdulillah, ada tempat kami nak tinggal,” kongsinya lagi.
Jelasnya lagi, meskipun perasaan ketika ini agak sedih, namun dia sekeluarga perlu fokus mengemaskan kawasan rumah memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
“Kami sekeluarga memang sedih. Ibu sampai menangis. Saya tidaklah menangis tapi lebih kepada termenung.
“Perancangan kami sekarang adalah untuk menunggu air surut dan fokus untuk mengemas. Kita pun dah nak sambut bulan Ramadan. Kedai pun kena bersihkan juga.
“Sedih juga nak sambut Ramadan sebegini tapi nak buat macam mana. Kita kena reda dan terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, single Sakitnya Penantian Ini merupakan kolaborasi ketiganya bersama Wani Hasrita.
Lagu ini juga sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman dan muzik video pula sudah pun dimuat naik di laman Youtube FMC.
Kredit Video: Instagram Wani Syaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza pada musim akan datang.
Tidak terhenti disitu, Iqbal juga dilihat sekali lagi memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram portal berita, Mstar yang memuat naik artikel mengenai dirinya.
Menurut Iqbal, dia amat menghormati pihak penaja yang menaja program tersebut ketika ini, namun, dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu.
Katanya lagi, dia tidak akan mengambil kesempatan dengan sengaja mencipta kontroversi semata-mata ingin memajukan perniagaannya di program popular itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namum, kenyataan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati usahawan, Datuk Seri Vida.
Jelas Vida, kenyataan yang diberikan oleh Iqbal itu seakan-akan seperti ingin ditujukan kepadanya.
Malah, dia juga turut menyifatkan Iqbal sebagai lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.
“Hello apa masalah kamu ni? Nak menganjing? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing?
“Aku dah tabur macam-macam ilmu bagai. Kalau bukan sebab aku, kamu ingat ada orang nak pandang kamu,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Seri Vida menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tidak ada seorang pun yang boleh pertikaikan mengenai caranya menjalankan bisnes kerana dia mempunyai hak untuk berniaga di mana-mana platform sekalipun.
“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.
“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.
Malah, beberapa hari lalu, Vida turut mengkritik pihak Gegar Vaganza 8 (GV8) secara terbuka kerana menyingkirkan grup duo Sa. Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida & Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!