Uncategorized

Ibu-Ibu Tak Perlu Bimbang Lagi, Dutch Lady Terbukti Selamat dan Sahih!

Share

Akhirnya ibu-ibu diluar sana boleh menarik nafas lega apabila baru-baru ini Dutch Lady Malaysia telah mengesahkan semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.

Hal ini telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Semalam.

Untuk meredakan kebimbangan ibu-ibu diluar sana tentang produk ini akibat satu kontroversi

BACA:

Fobia Dengan Kes Susu Dutch Lady? Ini Step Paling Mudah Untuk Ketahui Produk Itu Sahih Atau Tidak!

 

Dutch Lady telah mengesahkan keputusan makmal KKM adalah 100% selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura. Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.

“Kami merasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan kami sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk dan susu kami adalah selamat untuk diminum. Kami juga gembira bahawa penyiasatan kami turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih.

 

“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Published by
Lany Azman