Selebriti dan usahawan popular, Fazura mendedahkan dia dan suami yang juga merupakan pelakon, Fattah Amin memang ada mempunyai perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata.
Menurut pemilik nama lengkap, Nur Fazura Sharifuddin ini, meskipun agak sukar baginya untuk mengekalkan bentuk badan ideal selepas bersalin, namun, ia sama sekali tidak menutup keinginannya untuk menimang cahaya mata buat kali yang kedua.
“InsyaAllah, sebenarnya memang ada perancangan tapi saya baru je dapatkan semula berat badan ideal saya. Sejujurnya memang ramai yang bertanya soal ini.
“Selepas melahirkan anak pertama, saya ada juga terkena ‘body shaming’ sebab ramai yang bertanya mengenai perubahan bentuk badan saya. Saya pun giat juga ‘work out’.
“Memang tak dinafikan, bentuk badan selepas fasa bersalin ni memang berbeza. Bukan mudah nak kekalkan. Ibu-ibu yang dah ada anak-anak je yang faham situasi ini.
“Walaupun saya seronok bila dah capai berat ideal ni, tapi ia bukan penghalang untuk saya timang cahaya mata lagi. InsyaAllah akan diusahakan sebab memang dalam proses juga,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Manisnya Cinta Di Cappadocia itu berkata sedemikan ketika ditemui di majlis Fazura And Besties yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Majlis makan malam gala tersebut diadakan untuk meraikan para stokis serta ejen bagi rangkaian produk seperti Tudung Fazura, Fazura Skincare, Fazura Beauty dan Fazbulous.
Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan suaminya juga tidak terburu-terburu untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka.
“Fattah pun tak kisah sebenarnya. Dia kata terserah kepada saya. Dia ikut je bila saya dah bersedia.
“Sebab dia pun tahu yang kena jaga badan dan berpantang itu semua saya,” kongsinya lagi.
Langsung ditanya bilakah dia akan kembali aktif didalam dunia lakonan, Fazura memberitahu, dia sedia untuk mempertimbangkan sebarang tawaran namun, waktu dan skripnya haruslah bersesuaian.
“Akhir-akhir ini, fokus saya memang banyak tertumpu kepada bisnes. Saya ada juga berlakon sikit-sikit contohnya untuk kempen-kempen tudung. Seronok juga rasanya bila dapat semula berlakon ni.
“Tapi kalau nak berlakon untuk tempoh yang panjang itu, masanya belum sesuai sebab saya ada anak yang masih kecil. Waktu mula (shooting) pun tak boleh awal sangat. Wrap pun tak boleh lambat.
“Alhamdulillah, memang ada rumah produksi yang boleh ikut permintaan saya ini tapi skripnya pula tak kena dengan saya. Saya memang nak berlakon cuma kalau dapat skrip dan waktu yang sesuai, itu lebih baik.
“Buat masa sekarang, saya seronok bila berpeluang untuk berlakon semula menerusi video-video kempen saya,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI