Pertuturannya kali ini cukup teratur dan penuh kelembutan.

Menyantuni seorang ibu tunggal yang tabah menjaga tiga anak istimewa, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kisah hiba di ruang Instagram.

Kata Aliff, ini adalah kali kedua dia bertemu keluarga istimewa yang berada di Jerantut, Pahang.

Ulasnya lagi, walau hampir dipukul oleh salah seorang anak syurga yang agak agresif, dia sayu mengenangkan nasib ibu tabah ini meneruskan hidup.

Pada masa sama, ibu ini turut menyatakan dia tidak akan keluar daripada rumah hatta untuk meraikan perayaan kerana perlu menjaga ketiga-tiga anaknya.

Setuju tak?? Abang percaya, lagi banyak kita bantu orang, lagi mudah urusan

“Abang percaya, lagi banyak kita bantu orang, lagi mudah urusan kita.

“Ada yg perlukan bantuan sy lagi tak?? sila komen d bawah… sebanarya ini kali ke2 saya jumpa mereka..dan inilah inpian sy dari dulu iaitu membantu org susah jika sy ada rezki lebih.

“Pagi2 lagi abag bertolak dari kl ke jerantut utk berjmpa dgn anak istimewa ni utk abg bantu meringankan beban mak dia.. sbb ramai yg tag abang utk bantu ibu tunggal ni dgn brg keperluan asas dan wang ringgit.

“Sebnarnya abg takut sbb abag hampir dipukul oleh sorang anak syurga ni yang agak aggresif. bile abag jumpa mereka abag rasai ketabahan seorang ibu yang menjaga 3org serentak anak2 istimewa ini seorang diri.

“Betapa tabahnya seorang ibu yang bersabar dengan ujian yg dijalani,” tulisnya.

Penyanyi lagu Bobo Di Mana ini turut mengucapkan kesyukuran di atas kejayaan perniagaan yang menjadi paksi dia dapat menyalurkan bantuan dengan mudah.

Dulu abag rse susahnya hidup ni tapi bila jumpa orang2 macam ni barulah abag sedar yg ramai lagi susah. hasil drpd bisnes abag as legacy n dherbs abag dapat membantu mereka dengan memberikan bantuan wang dN keperluan asas.

“Kalau korang nak tngok full vedio ada di youtube abg tv terlajaklaris..tertrima kasih semua yang menjayakan perniagaan abag dapat membantu orang lain. as legacy kejayaan tanpa batasan. sertai kami untuk kami membantu ramai orang susah diluar sana.

“You all perlukan extra income 1k setiap 2 minggu untuk tampung kos sara hidup yang semakin tinggi?,” kongsinya panjang lebar.

https://www.instagram.com/tv/B1RMOZ_HvUP/?igshid=191uv1f0dukxk

Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri