Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
Ads
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
Ads
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
Ads
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang melawak, malah pelakon senior, Ebby Yus juga berbakat dalam bidang melukis.
Ebby atau nama penuhnya Muhammad Yunus Abdul Rashid sering berkongsi hasil kreativitinya di Instagram.
Lebih menarik, apabila kesemua hasil lukisannya akan dipamerkan di Galeri Shah Alam pada Rabu depan.
“Alhamdulilah ,dengan izin allah,selesai lah sudah sebuah lukisan yg x seberapa ini,yg akan di pamirkan di gelari shah alam,bermula 9 Julai ini,” tulisnya sambil bergambar dengan hasil seninya itu.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib remaja, Siti Nor Azizah yang telah disamun oleh perompak, pada hujung Ogos lalu.
Difahamkan, gadis berusia 17 tahun itu bersama teman lelakinya telah menjadi mangsa samun oleh tiga lelaki sewaktu menaiki motorsikal di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.
Terbaru, Ebit telah berkesempatan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ketika melawat Nor Azizah di kediamannya.
Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita dan perkembangan terkini Nor Azizah yang telah kehilangan tangan kanan akibat insiden tersebut bersama pengikutnya.
“Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika kerja jual online dan menghantar barang dengan motor.
“Cedera parah sehingga tangan kanan kena dipotong sehingga bahu. Motornya dicuri.
“Saya hadiahkan Iphone dan sedikit wang tunai buat adik ni dan maknya. Adik ni baik sangat.
“Dia tiada hp untuk buat online berniaga di instagram.Nanti saya tag di instagram buat yang membeli padanya,
“Ayah meninggal dunia 3tahun lepas. Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga,
“Syukur ada ramai juga yang membantu. Saya bersama ketua blok dan jiran-jiran tadi ziarah adik ni.
“Saya kongsi doa dan amalan saat diuji. Semoga Allah rahmati keluarga adik Nur Azizah. Ya Allah jagakanlah keluarga ini,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam telah menyambut ulang tahun kelahiran anak, Nor Anggun Raverra yang kini sudah berusia 7 tahun.
Majlis sambutan yang bertemakan ikan duyung dan kehidupan laut itu sangat unik dan menarik perhatian peminat.
“Princess Anggun turns 7 And she had so much fun with all her friends on her birthday.
“Thank you to All mummy’s and daddy’s for bring all your kids #mrsazam #mydaughter #cintahatimom #anggunturns7 #anggunturns7mermaids #02112019,” tulisnya.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun,Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.
Rabecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...