Memetik laporan Astro Awani, ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti Covid-19.
Ibu Guardiola, Dolors Sala Carrio meninggal dunia pada usia 82 tahun. Terdahulu Gaurdiola pulang ke Sepanyol sebelum negara itu menjalani perintah berkurung.
“Keluarga Manchester City berduka dengan laporan kematian ibu kepada Pep, Dolors Sala Carrio, di Manresa, Barcelona hari ini selepas dijangkiti koronavirus. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.
“Semua yang berada di kelab ini ingin menyampaikan simpati kepada Pep, keluarganya dan kesemua rakan mereka pada waktu yang sukar ini,” sumber dipetik.
Minggu lalu, jurulatih itu menghulurkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM4.71 juta) kepada Yayasan Angel Soler Daniel bagi membiayai alatan perubatan di Catalonia.
Sepanyol merupakan negara paling terjejas di Eropah dengan lebih daripada 136,000 kes positif dicatatkan dengan lebih 13,000 mangsa meninggal dunia.
Sumber : Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Lagi Bersama Era, Dina Nazir Ganti Posisi Abby Fana Bermula Hari Ini
Selepas tidak lagi bersama stesen radio Sinar FM, posisi yang ditinggalkan oleh penyampai, Abby Fana kini digantikan oleh seorang lagi penyampai berpengalaman, Dina Nazir.
Perkara tersebut diumumkan sendiri menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman Instagram stesen radio berkenaan.
Dina akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi sehingga 3 petang menerusi segmen yang diberi nama Sinar Solo.
“Dina dah jadi sebahagian dari SINAR Dengarkan @dinanadzir di #SINARSolo bermula 10 pagi hingga 3 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Boleh juga dengarkan menerusi aplikasi @syok !,” tulis pengendali akaun tersebut.
Menerusi entri berasingan, Dina yang sebelum ini merupakan penyampai radio Era FM hampir sedekad itu turut memuat naik entri yang sama bagi memaklumkan kepada para peminatnya berhubung pengumuman tersebut.
“Bermula Isnin ini! 10 pagi sampai 3 petang. Isnin-Jumaat ini,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan selamat maju jaya selain turut berharap agar segala urusan Dina sepanjang ditempat baru akan dipermudahkan.
Terdahulu, Sinar FM difahamkan tidak menyambung kontrak Abby Fana berikutan memenuhi amalan biasa dalam pentadbiran setiap organisasi.
Sumber: Instagram Sinar FM & Dina Nazir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Video Itu Dah Lama, Cuma Tak Tahu Kenapa Ada Yang Tularkan Kembali,” – Datin Alyah
Baru-baru ini muncul satu artikel yang mendakwa penyanyi, Datin Alyah membuat pendedahan yang dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.
“Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tularkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang masalah pun.
“Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham. Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang.
“Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan di bulan Ramadan,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.
Menurut Alyah, pendedahan yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Malah, Alyah mengakui ada konflik yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.
“Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada masalah… tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik.
“Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu Kisah Hati itu mendedahkan, “Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya.”
Untuk rekod, Alyah dan Tok Ram berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri
Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris mendedahkan dirinya berasa amat senang apabila berkesempatan bertemu usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri secara empat mata.
Jelas Fitri, dia sendiri tidak menyangka Datuk Seri Aliff merupakan seorang yang sangat ramah dan tidak lokek dalam berkongsi ilmu mengenai selok-belok perniagaan.
“Bermesyuarat bersama the only one Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris. Hampir 2 jam kami berkongsi pendapat dan idea. Beberapa perkara yang mungkin di luar sana kena tahu karakter Dato’ adalah:
“1. Tak lokek ilmu, dalam perbualan kami, banyak ilmu2 perniagaan dan pemasaran belakang tabir atau secara public yang di kongsikan.
“2. Baru pertama kali jumpa dan sembang-sembang dah macam selalu bersua. Ada beberapa minat kami sama dan ideologi terhadap beberapa perkara seiring,” tulisnya
Kisah tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fitri turut menambah dia berasa amat kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Aliff yang amat mementingkan mengenai aspek kekeluargaan.
“3. Family oriented! Ni paling best.. sebab banyak kali idea yang datang dari Dato’ adalah melibatkan kekeluargaan. Kita maklum dato’ mempunyai keluarga yang support each other.
“Well, apart from gaduh sikit-sikit tu normal tapi beliau sangat-sangat mementingkan isu-isu kekeluargaan, kasih sayang suami isteri.
“Banyak lagi sebenarnya tapi what can i say, sisi Dato’ di dunia sebenar sangat-sangat positif. Moga Allah kurniakan rezeki berlipat ganda bagi dato’ dapat membantu lebih banyak mereka di luar sana.
“Inshaa Allah, look forward for our collaboration soon. Bismillah. Kali ni konfem “terlajakkkk laris,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menantikan kolaborasi di antara dua nama ini.
Foto : Instagram Dr Fitri Haris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI