Ads
Home Berita “Ibu Kata Nak Lepas Tanggungjawab Pada Bakal Imam, Mana Tahu Next Year,”...

“Ibu Kata Nak Lepas Tanggungjawab Pada Bakal Imam, Mana Tahu Next Year,” – Joy Revfa Dedah Perbualan Dengan Ibu Fasal Suami Baru

Ads

Sejak beberapa hari ini, usahawan kosmetik, Joy Revfa ada memuat naik beberapa keping foto yang dipercayai teman lelaki barunya, dikenali dengan nama Faiz.

Lalu, perkongsian berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen dan rata-ratanya meminta agar usahawan berkenaan cepat-cepat mendirikan rumah tangga kerana sudah lama hidup solo.

Terkini, Joy ada memuat naik entri di Instagram, menyatakan reaksi si ibu terhadap teman barunya itu.

Ads

Menurut Joy, ibunya ada meminta agar mereka cepat mendirikan rumah tangga.

“Restu seorang ibu. Ibu kata dah nak lepas tanggungjawab jaga Joy dan Arryan pada bakal imam. Tapi Joy cakap sabar dulu ibu. Awat kalut sangat biar kena 3 hingga 5 tahun dulu baru ibu leh lepas tanggungjawab jaga kami ni.

Ads

“Tapi ibu balas jangan…sebelum jadi apa-apa pada ibu, elok la cepat sikit. (ugutan macam ni yang tak leh nak dengar ni…).

“InsyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana. Mana tahu next year ke, pakai #ayatselamat,” tulisnya panjang lebar. 

Ads

Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 tetapi mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober tahun sama.

Joy juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, 4 tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI