Penyanyi Lan Solo berkongsi berita sedih apabila ibunya ditahan wad akibat serangan strok (left brain damage) awal pagi Isnin.
Malah, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu juga berkongsi detik cemas apabila ibunya tiba-tiba terjatuh dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Assalamualaikum.. 1st of all.. kami mintak maaf pd semua yg call atas urusan kerja mahupon urusan keluarga spjg hari nie.. kami x mampu nak reply dan jawab call.
“Seawal pagi tadi,Mama kami suddenly collapse dan kami menguruskan mama smpi skrg.. As for now, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital.
“Ini bermakna, kami akan byk berada di hospital selama mama admitted.
IKLAN
“Kpd yg bertanya.. mama kene serangan stroke / left brain damage.. buat masa ini,masa kami dan ahli keluarga lain mmg akan bersama mama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu.
IKLAN
“Utk kenalan di sini.. besar harapan kiranya kalian dpt bantu doakan mama dpt kembali seperti sediakala. Utk family jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye,” kongsinya.
Sentiasa mengambil peduli kehendak dan melakukan aktiviti turun padang berjumpa dengan pendengar menjadi antara faktor utama yang sering ditekankan dalam operasi stesen radio, Suria FM.
Perkara itu diakui Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Bhd, Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse ketika ditemui pada majlis sambutan Suria FM 15 Tahun di atas kapal persiaran Genting Dream baru-baru ini.
“Apa yang kami capai ini bukan kejayaan setahun atau dua tahun tetapi usaha keras berterusan. Suria FM ialah produk Melayu paling kuat dalam kumpulan The Star jadi kita mahu supaya Suria FM memberikan sumbangan terbaik dan relevan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sehubungan itu Mohd Aminuddin berkata, Suria FM memberikan tumpuan terhadap kandungan terutamanya apa yang dikehendaki oleh pendengar dalam semua aspek termasuk lagu yang diputarkan.
“Begitu juga media sosial kami, laman web dan medium ke udara digital serta aktiviti seperti Jelajah Suria FM yang diadakan setiap tahun.
“Kami juga mendengar pandangan daripada semua pihak termasuk pekerja dan penyampai mengenai apa yang boleh dilakukan,” katanya.
Beliau juga berkata penyampai Suria FM juga sentiasa dekat dengan pendengar tak kira segmen antaranya Morning Morning Suria, Suria Petang, Gaya Suria dan Suria Cinta.
“Saya pernah pergi klinik dan jururawat di situ pasang Suria FM, bila saya tanya kenapa dengar Suria, mereka cakap suka dengan penyampainya saya terus hubungi Rara (Sharifah Shahira) dan beri mereka cakap, begitu juga DJ Lin saya terus hubungi dan beri mereka bersembang.
“Mereka sangat terharu dan gembira. Ini antara pendekatan yang saya tekankan supaya sentiasa dekat dengan pendengar,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid turut merakamkan penghargaan buat teman media yang disifatkan banyak membantu stesen berkenaan dalam mebuat liputan.
“Terima kasih kerana tidak pernah jemu dengan menyokong Suria FM. Kejayaan kami ini penuh dengan air mata dan usaha sekeluarga dan anda teman media juga sebahagian daripadanya,” katanya.
Lebih menarik, stesen berkenaan juga bakal mencipta sejarah dengan bersiaran dari atas kapal persiaran Genting Dream selama empat hari bermula 9 Januari depan, meraikan ulang tahun ke-15 stesen itu.
Ia turut membawa misi bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records apabila bakal menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal.
DJ Lin optimis bahawa kolaborasi bersama Resorts World Cruises itu bakal menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka.
“Memang kami ada perancangan untuk memecahkan rekod di Malaysia. Pertembungan antara Suria dengan Resorts World Cruises ini umpama satu rezeki dan jodoh.
“Alhamdulillah, kolaborasi ini adalah tanda pencapaian, rezeki dan tuah buat kami. Terima kasih kepada semua yang memudahkan segala urusan,” katanya.
Tiga penyampai yang akan bertugas pada sesi berkenaan ialah Shuib, Ajak dan Suraya yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Diana Rafar secara berseloroh mengingatkan suaminya yang juga merupakan aktor terkenal, Zamarul Hisham untuk menjaga batas pergaulan dengan pelakon-pelakon wanita di set penggambaran.
Menurut Diana, dia faham sekiranya para pelakon mempunyai cara tersendiri untuk mencipta keserasian di dalam lakonan namun, haruslah tidak berlebi-lebihan.
“Shooting shooting juga, Papa jangan berani eh nak cari chemistry dengan orang sampai nak lebih-lebih tolong orang lain,” tulisnya.
Peringatan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan G.I.M itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Malah, hantaran tersebut turut mendapat respon Zamarul di ruangan komen.
“Adoi, sampai sini dia bagi pesanan,” balas Zamarul.
Menjengah lagi ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut terhibur dengan hantaran tersebut selain turut menyifatkan peringatan itu sangat penting dikala isu rumah tangga melibatkan pasangan selebriti kini sedang hangat diperkatakan.
“Sebagai jiran paling dekat, saya akan pantau juga kak. Kalau lebih dari seorang saya roger. Kita pantau satu sama lain okay,” komen pelakon, Syatilla Melvin.
“29 tahun berlakon, tak pernah cuba nak mencari chemistry bagai dengan pelakon lelaki. Habis nak balik cepat sahaja. Nak tidur,” kata pelakon, Azza Elite.
“Saya sebagai wanita, saya setuju dengan amaran ini,” balas pelakon, Riena Diana.
“Pesanan ringkas dan padat,” kata Yuna Rahim.
Sekadar informasi, Diana dan Zamarul telah mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gelagat pelakon dan pengacara, Elly Mazlein ketika mengacarakan program Big Stage 2023 (BS2023) sememangnya membuatkan para penonton tak kering gusi dek kerana jenaka dan telatah-telatah spontannya.
Malah, keserasian Elly bersama pengacara dan pelawak Indonesia, Rina Nose juga sangat disukai penonton di rumah mahupun di auditorium MBSA.
Terbaru, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan Elly sedang menyanyikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain sewaktu sesi rehearsal BS2023.
Dalam video tersebut, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina dilihat sangat bersahaja selain turut memperdengarkan kualiti vokal yang mantap ketika menyanyikan bahagian chorus yang bernada tinggi.
Difahamkan Elly sepatutnya membawakan lagu tersebut ketika sesi siaran langsung namun, terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Video nyanyian berdurasi satu minit itu nyata memukau para netizen yang tidak menyangka Elly juga mempunyai kualiti vokal yang agak baik.
Malah, mereta turut berharap agar Elly dapat kembali aktif dan dunia nyanyian dan tidak mensia-siakan bakatnya itu.
“Siapalah di GV3 dulu tu? Yang sekarang macam orang lain. Dia layak menerima segalanya.
“Harap dia tak lupa yang dia juga Elly Mazlein. Takut dia asyik rasa dia Kak Lina sepanjang masa.
“Ni mood Elly Mazlein ni. Bukan mood Kak Lina Pom Pom.
“Dia kalau nyanyi, nyanyi betul-betul. Kalau hos, hos betul-betul. Terbaik Kak Lina.
“Memang level dia high note sebegitu. Hebat,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Elly pernah menyertai program realiti popular Gegar Vaganza musim ke-3 sezaman dengan arwah Siti Sarah, Nora dan Azharina.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memutuskan untuk menarik diri pada minggu ke-4.
Bagaimanapun, selepas tamat program tersebut, nama Elly semakin memuncak sehingga membuka peluang buat dirinya untuk bergelar pengacara.
Setakat ini, video tular tersebut telah pu meraih hampir 80,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein & Tik Tok Duyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita yang mendakwa dirinya 'kekasih gelap' kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine terus membuat pendedahan di Instagram Stories yang memaparkan perbualan...