Zizan Razak, antara selebriti yang sentiasa mengutamakan ibu tercinta dalam perjalanan karier.

Terbaru, hero Abang Long Fadil ini ada meluahkan penghargaan buat wanita paling dicintainya ini di media sosial.

Ulas pelakon dan pelawak asal Terengganu ini, dia tahu ibu sentiasa berbangga dengan pencapaiannya.

Namun, dia akur meski masih tidak mampu membalas jasa ibu yang membesarkan.

Ads

Saya tahu Ibu saya manusia paling bangga dengan pencapaian saya harini.

“Tetapi saya pasti saya masih tidak mampu membalas jasa ibu saya besarkan saya,” tulisnya.

Ads

Lalu si ibu, Anai Ibrahim bagaimanapun membalas kata-kata anaknya di ruangan komen dan menyatakan dia sangat berbangga punya anak berhati mulia.

Ya Adik ibu sangat bangga. Lagi bangga adik punya hati mulia. Love u adik,” balasnya.

Ads

“Bangga Adik Punya Hati Mulia, Love You,” – Ini Kata Ibu Buat Zizan Razak Gara-Gara…

Setiap kejayaan anak-anak pasti diiringi doa ikhlas seorang ibu dalam setiap solatnya, insyaAllah…

Foto : Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI