Menanggung kerugian lebih RM50,000, rumah keluarga dan kafe kepunyaan penyanyi, Wani Syaz merupakan antara yang teruk terjejas akibat musibah bajir di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Jelas Wani, ketika kejadian air naik itu, dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan nenek yang uzur, kucing dan beberapa helai baju sahaja.

“Ibu Menangis, Saya Termenung,” – Ujian Sebelum Ramadan, Wani Syaz Tanggung Rugi Lebih RM50,000 Akibat Banjir

“Rumah dan kedai kepunyaan saya merupakan antara yang teruk terkesan akibat banjir. Kalau ikutkan, memang tiada apa yang dapat diselamatkan di rumah tersebut.

“Memandang kami ini rumah kampung, untuk air kembali surut itu bukan sekejap. Kemungkinan ambil masa tiga minggu juga. Air naik hingga ke paras pinggang.

“Ketika air naik, saya hanya sempat selamatkan kucing, bantu nenek yang lumpuh dan capai beberapa helai baju. Perabot dan perkakasan elekrik memang tak dapat nak diselamatkan.

“Saya tak pasti tentang jumlah kerugian. Namun, saya anggrankan lebih RM50,000. Kafe saya pun terkesan tapi saya sempat angkat perkakasan elektrik ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada MH.

Ads

Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan single duet terbarunya bersama Wany Hasrita berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial)

Kongsi penyanyi berusia 25 tahun ini lagi, disebabkan jumlah mangsa yang terkesan agak tinggi, dia sekeluarga tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaliknya menetap di rumah sepupunya sehingga banjir surut.

“Kali terakhir Batu Pahat dilanda banjir besar seperti ini adalah pada tahun 2006. Ketika itu, saya masih kecil. Jadi, saya tak berapa ingat. Bila dah besar ni, baru tahu macam ni rasanya banjir.

“Kami tak pergi ke PPS kerana penuh. Jadi, kami sekeluarga menumpang di rumah sepupu saya. Alhamdulillah, ada tempat kami nak tinggal,” kongsinya lagi.

Ads

“Ibu Menangis, Saya Termenung,” – Ujian Sebelum Ramadan, Wani Syaz Tanggung Rugi Lebih RM50,000 Akibat Banjir

Jelasnya lagi, meskipun perasaan ketika ini agak sedih, namun dia sekeluarga perlu fokus mengemaskan kawasan rumah memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

“Kami sekeluarga memang sedih. Ibu sampai menangis. Saya tidaklah menangis tapi lebih kepada termenung.

Ads

“Perancangan kami sekarang adalah untuk menunggu air surut dan fokus untuk mengemas. Kita pun dah nak sambut bulan Ramadan. Kedai pun kena bersihkan juga.

“Sedih juga nak sambut Ramadan sebegini tapi nak buat macam mana. Kita kena reda dan terima sahaja,” akhirinya.

Terdahulu, single Sakitnya Penantian Ini merupakan kolaborasi ketiganya bersama Wani Hasrita.

Lagu ini juga sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman dan muzik video pula sudah pun dimuat naik di laman Youtube FMC.

Kredit Video: Instagram Wani Syaz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI