Ibu mertua kepada personaliti versatil, Ifa Raziah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal malam tadi kerana tahap kesihatannya yang kian menurun sejak kebelakangan ini, awal malam tadi.
Berita tersebut dimaklumkan bintang yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser itu menerusi Instagram miliknya, lengkap dengan sepotong video yang menyaksikan Ifa bersama keluarga sedang berada di perkarangan Zon Kritikal & Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur.
Malah, Ifa turut memuat naik perkara sama menerusi Insta Stories.
“Assalamualaikum.. Sesiapa yg mengenali Ibu Mertua Ifa.. Khizan Binti Zain.. beliau skrg dlm keadaan Nazak masih kritikal di ICU HKL.
“Ifa sekeluarga memohon doa2 anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya Aamin . . kpd saudara jauh dan dekat boleh hubungi Abg Yang atau Yani,” tulis Ifa.
Serentak dengan perkongsian usahawan produk Solid Molid itu, rata-rata para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta Ifa sekeluarga supaya tabah, perbanyakkan doa.
Malah, dedikasi sama turut diberikan sahabat dan rakan selebriti lainnya.
Moga Ifa dan keluarga tabah menghadapi ujian dariNnya.
Foto: Instagram Ifa Raziah