Penyanyi, Wan Norafizah Arifffin atau lebih dikenali sebagai Nora Ariffin memaklumkan ibu mertuanya telah meninggal dunia pada petang Rabu.

Berita sedih itu di kongsi penyanyi ini menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Di samping itu, bintang berusia 47 tahun ini turut mendoakan agar arwah ibu mertuanya ditempatkan bersama orang yang beriman.

“2 September 2020 Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn. Dukacita dimaklumkan.

Ads

“Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.

“Semoga mami ditempatkan bersama org beriman. Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta. Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Al- fatihah,” tulisnya.

Ads

Rata-rata peminat menitipkan ucapan salam takziah kepada penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu.

Ibu Mertua Nora Ariffin Meninggal Dunia, Al-Fatihah Ibu Mertua Nora Ariffin Meninggal Dunia, Al-Fatihah Ibu Mertua Nora Ariffin Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Ads

Sekadar informasi, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selepas itu, Nora kehilangan suami tercinta pada 24 Mac 2017 serta anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember lalu.

Foto: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI