Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan, berkongsi khabar duka ibunda tercinta telah pergi mengadap Ilahi sebentar tadi.
“Surely we belong to Allah and to Him shall we return. Mohon semua hadiahkan Al-Fatihah untuk umi Tya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah,” tulisnya.
Menerusi entri terdahulu, Tya memaklumkan arwah ibunya sedang bertarung dengan kanser payudara dan jangkitan kuman paru-paru.
“Throwback raya. Assalamualaikum semua, mohon doakan umi tya diberikan kekuatan & kesembuhan untuk melawan penyakitnya.
"Ya allah.. permudahkanlah urusannya ya Allah.. sekarang ni umi tya masih tak sedarkan diri dan masih menggunakan oxygen support. Minta doakan umi tya ya… buat yang mengenali umi tya, tya minta maaf dan ampun bagi pihak umi tya ya semua…terima kasih atas doa semua.. hanya Allah yang dapat membalas…. #breastcancer #jangkitankumanparuparu,” kongsinya.
Foto : Instagram Tya Adnan