Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar berkongsi perkhabaran duka apabila memaklumkan neneknya baru sahaja meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Nadhir, dia berasa sangat terkilan lebih-lebih lagi bila mengenangkan perasaan ibunya yang tidak berkesempatan untuk berada di sisi saat neneknya itu menghembuskan nafasnya yang terkahir.
“Al-fatihah buat nenda aku yang pergi disebabkan Covid. Manusia pergi itu normal. Ibu pergi tidak bersama anak anaknya di sisi itu tidak normal.
“Kau takkan faham kalau kau tak laluinya sendiri. Semoga ibuku kuat. Jaga diri semua,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Projek: Anchor SPM itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di lama Twitter.
Dalam pada itu, Nadihir turut berharap agar ibunya itu diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
Katanya lagi, orang luar tidak akan pernah faham mengenai rasa sakit yang dirasai sehinggalah mereka merasainya sendiri.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berduka selain turut menitipkan doa semoga arwah neneknya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Takziah, semoga diberi kesabaran dalam menghadapi ujian dan moga arwah nenda tersayang ditempatkan dikalangan yang beruntung.
“Semoga nenda awak diampunkan dosanya dan diterima amalannya. Ameen ya Allah.
“100% true, hanya yang melaluinya sahaja yang akan memahami bagaimana peritnya rasa sebuah peninggalan atas asbab sebegini,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sumber: Twitter Nadhir Nasar