Bila sebut saja nama Zizi Kirana, sudah tentunya bintang asal Sabah ini sinonim dengan lagu-lagu rap yang catchy dan imejnya yang seksi.
Sudah terbiasa dengan isu seksi, Zizi mengakui dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak, apatah lagi untuk menutup mulut orang dari terus berkata-kata.
“Macam-macam orang berikan gelaran. Saya pun tak pasti apa niat mereka labelkan saya sedemikian rupa. Paling penting, saya dan keluarga tahu siapa saya. Mereka lebih kenali saya. Ibu pun tak bising,” katanya kepada MH.
Malah kata bintang ini lagi, andai apa yang dilihat orang adalah dalam sisi yang negatif, maka kesannya negatiflah juga.
“Kalau tengok ia dari sudut yang negatif, jadilah negatif. Begitu juga sebaliknya. Saya tak kisah sangat pun. Tak kan sebab perkata tersebut, saya nak tutup komen. Setakat ini belum terfikir dan tutup komen.
“Sebab kalau nak tutup pun, pasti yang suka kritik ni akan cari jalan lain untu hentam. Macam viruslah kan. Buatlah macam mana ia, ia akan ‘cari’ juga,” jelasnya.
“Biarlah orang nak tinggal atau berikan komen apa pun. Di Instagram kutuk, tapi kalau berdepan tegur dan mahu bergambar juga,” akhirinya.
Terdahulu, Zizi ditemui MH pada sesi rakaman program The Stage Media Hiburan di Shah Alam.
Foto: Instagram Zizi Kirana