Aduh, tergamak betul seorang ibu melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing demi duit. Geleng kepala betul MH dengar cerita macam ni.

Ibu tersebut yang merupakan ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah Oktober yang lalu.

Dia juga yang berusia 39 tahun itu diarahkan Hakim Kamarudin Kamsun untuk menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.

Ibu Sanggup Lacurkan Anak Demi RM50, Dipenjara 75 Tahun

Ads

ibu tunggal itu didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober yang lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di baca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ads

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.

Ads

Wanita bersikap keji itu juga tergamak melacurkan dua anaknya hanya untuk mendapatkan bayaran serendah RM50 daripada lelaki warga asing selain dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk berkenaan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI