Aktor Remy Ishak memaklumkan, pembedahan jantung ibunya, Basrah Md Dris dihentikan selepas 12 jam dalam bilik pembedahan.
Bagaimanapun Remy memaklumkan, pembedahan tersebut akan bersambung semula selepas 48 jam.
“Ibu saya Basrah binti Md Dris kini sedang bertarung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembedahan jantung.
“Setelah 10-12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam.
“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada & Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya Syurga & neraka Allah.
“Namun apa yg saya & adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan & kebahagaiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami,” kongsinya menerusi sepotong video yang dikongsi di Instagram.
Remy pada masa sama memohon doa ramai agar pembedahan jantung ibunya dipermudahkan, seterusnya dapat kembali bersama-sama.
“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik beradik supaya kami boleh bersama2 semula dgn ibu kami,” tulisnya lagi.
Remy pada Khamjs memberitahu ibunya berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Besar Melaka.
Terdahulu, pada 2018, ibunya pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.