Ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan dedikasi buat anaknya susulan isu hangat yang membabitkan dirinya, sebelum ini.
Gembira kerana anak lelakinya itu sudah mampu untuk tersenyum, Hafiza juga yakin hero drama Terjerat itu mampu untuk melalui ujian yang menimpa.
“Alhamdulillah slowly but surely you will get thru this dear son Alif Aziz.
“Sentiasa muhasabah diri kita sendiri pasti Allah akan tunjukkan jalan, amin ya rabb.
“Nice to see you smile after such a long while,” tulisnya menerusi status yang dikongsikan di Insta Stories, pada Jumaat.
Malah di dalam hantaran sebelumnya, Hafiza turut bersyukur selepas ada pengguna media sosial yang menghantar mesej memohon maaf atas komen yang pernah diberikan terhadap mereka.
“Alhamdulillah ramai yang DM saya hari ini memohon kemaafan. Kami telah lama memaafkan semua sebab kalian juga mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan bermacam cerita yang belum tentu kebenarannya Subhanallah.
“Allah Maha Baik, cepat atau lambat Allah akan ilhamkan kalian jua. Syukur,” luah Hafiza sambil memuat naik beberapa tangkap layar mesej peribadi daripada warganet yang dihantar kepadanya.
Terdahulu pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella Astillah sah bercerai talak satu.
Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya itu dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini