Penyanyi dan pelakon, Bunga Cita Lestari ada berkongsi momen menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya, Noah Aiden Sinclair yang ke-10.
Majlis sambutan hari jadi tersebut disambut dengan serba sederhana serta ringkas bersama ahli keluarga terdekat.
Ini merupakan pertama kali bintang tersebut meraikan majlis hari jadi anaknya tanpa arwah suami, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada menitipkan ucapan buat anak pertamanya itu.
“Little celebration for the not so little boy. Happy bday Noah. Mommy loves you, always..,” tulisnya.
Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi penglibatannya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI