Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, disahkan positif Covid-19.
Berita mendukacitakan itu dikongsikan penyanyi lagu Anta Permana tersebut menerusi salah satu statusnya di Insta Stories, awal hari ini.
Menurut Siti, dia hanya mengetahuinya sejurus selesai membuat persembahan hari pertama Music Of The Soul : An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza x Dato’ Awie di Plenary Hall, KLCC pada Sabtu malam.
“Balik bilik tengok handphone, dapat berita mak kena Covid (Covid-19). Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah…
“Ya Allah jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh, mak kuat!,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi hari pertama persembahan secara eksklusif itu, Siti menyampaikan 17 buah lagu menerusi empat segmen, termasuk yang dibawakan secara medley dan duet bersama Datuk Awie.
Music Of The Soul : An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza x Dato’ Awie adalah sebuah persembahan amal khas yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa.
Hari kedua acara berkenaan berlangsung pada Ahad, bermula 8.30 malam di lokasi sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini