Pelakon Zarina Zainuddin menzahirkan rasa syukur selepas anaknya, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua ‘B’.
“Allhamdulillah Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6 A dan 2 B +. Syukur. Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat,” tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rajuk Karina itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sebagai ibu bapa, dia akan memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik.
“Ibu tak pandai biarlah anak pandai semua. Ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya. Amin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Adam.
“Tahniah, hebat. Tahniah juga buat Kak Zarina.
“Semoga Kak Ina sentiasa cemerlang.
“Tahniah ibu dan anak. Semoga terus cemerlang.
“Pandainya anak ibu. Tahniah Adam dan ini,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarina Zainuddin & Berita Harian