Hiburan

Ibu Zahirah Macwilson Sedih Lihat Anak Dihina, Bimbang Jejas Emosi Ketika Hamil

Share

Ibu kepada pelakon, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff terkilan selepas melihat anaknya dihina dan dicemuh tanpa rasa kasihan oleh orang lain.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Maslinda berharap agar anak dan menantunya yang juga merupakan aktor, Aiman Hakim Redza diberikan kesabaran dalam menempuh ujian ini.

“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama,” tulisnya.

Pada masa sama, Maslinda turut menzahirkan rasa bimbang sekiranya emosi anaknya itu terganggu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang.
Jangan sedih okay.

“Mama dan ayah akan sentiasa ada untuk kamu. Kami semua sayang kamu sangat-sangat,” ujarnya lagi.

Semalam, pelakon, Fatiya Latif mengejutkan ramai pihak apabila melabelkan wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu mengambil suntikan pada bibirnya.

Fatiya sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Maslinda Yusoff

Published by
Aizam Manaf