Beberapa hari lalu heboh media sosial berhubung satu video yang merakamkan penyanyi bersuara lantang, Idayu meniru suara penyanyi popular dalam dan luar negara.

Tak dapat dinafikan bakat Idayu dalam nyanyian sangat hebat dan suara penyanyi yang ditiru oleh Idayu juga kedengaran sama seperti penyanyi asal.

Ramai yang memuji bakat Idayu dan mengatakan inilah penyanyi yang harus menjadi contoh kepada penyanyi-penyanyi lain.

Dalam ada yang memuji, ada juga yang mendakwa Idayu hanya ‘miming’ sahaja suara kepada salah seorang penyanyi yang ditirunya iaitu suara Rahmat Ekamatra.

Menerusi akaun Instagram Idayu, penyanyi berbakat besar ini telah membuktikan bahawa dia tidak miming suara Rahmat.

IKLAN

Jom MH share dengan korang bukti Idayu tidak miming suara Rahmat.

“Since semua request nk dgr live suara rahmat, Nahhh kak yuyu payung live sound ???? #jangankatakakyuyumiming #idayumimicstars,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video itu pula sambil menyanyi dengan suara Rahmat, Idayu turut berkata kalau masih ada yang tidak percaya boleh terus menghantar mesej pada Rahmat sendiri untuk bertanyakan sama ada benar atau tidak.

IKLAN

Di ruangan komen pula, peminat Idayu nampaknya terus menerus memuji penyanyi kesayangan mereka ini.

dayangam: I thought it was miming too until you impromtuly ckp nk buat suara dayang tuuuu. Niceeee

IKLAN

fafau83: Fuhhhhh… Den cayo den cayo haaa suara ekau kak @idayuafmegastar .. Sodap mcm makan daging salai lomak haa.. Lomak berkrim, disukai ghamai.. ?❤

s.u.r.i.a: @syazaferrera sy dgr tang sore rahmat tu ade sore perempuan.. hehe.. part jacklyn pun bkn 100% same.. so kak idayu bkn miming ?

maya.amirahysf: Lol ?. Masa 1st time saya dgr lagu2 yg Kak Idayu nyanyi tiru suara artis lain, was-was jugak, iya ke kan. Sebab sebiji kot. Gigih laaaa search kt IG, mujur ada video ni. Terus hilang rasa was-was. Wakakaka! Powerful! ?? ?? ??

Sumber: Instagram Idayu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI