Video ala filem Mat Kilau The Movie menampilkan pelakon versatil, Beto Kusyairy sedang hangat diperkatakan di laman sosial sekaligus mencetuskan viral.

Gempak dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat reaksi positif warganet, video terbabit sebenarnya dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan aktor tersebut sebagai wajah wakilannya.

Terdahulu, pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi berkongsi video berkenaan di laman Twitter dan meraih hampir 150,000 tontonan.

“Idea asal video ni bermula dgn aku memain je cakap dgn member, “jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”.

“Finally, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ni, as much as I do,” ciapnya.

Ads

Rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video promosi terbabit serta memuji kualiti video yang diambil kerana setaraf dengan naskhah filem sebenar.

Tidak kurang yang menyifatkan cara marketing jenama tersebut sebagai bijak serta berkualiti selain ada yang mencadangkan jenama tersebut perlu menerbitkan drama atau filem secara serius selepas ini. 

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ Beto atas faktor bajet empat tahun lalu.

Bagaimanapun kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan.

Ads

“Doa aku makbul. Betul, rezeki tu ada tak cepat tak lambat. Rezeki tu akan datang at the right time. Doa aku 4 tahun dulu mungkin Allah tangguh ke satu masa yang lebih tepat.

“Mungkin 4 tahun dulu kalau aku dah panggil Beto join, aku tak ter-handle pun operationally. Ko gila, zaman tu aku berniaga, buat semua benda sorang-sorang.

“Siapa nak packing barang kalau dapat order banyak-banyak at one time?,” antara kapsyen yang ditulis Azzim.

Malah, entri sama turut mendapat reaksi Beto yang menganggap apa yang dilakukan usahawan terbabit telah memberikan inspirasi kepada ramai orang.

Ads

Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI