Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memuat naik gambar bersama ibu tersayang, Badariah Omar yang tertera ‘Alhamdulillah 5 juta!’ di Instagram.
Ia susulan jualan produk yang diusahakan kian mendapat tempat di hati pembeli.
Syukur! Semakin hari semakin indah pencapaian @omak.jenny. Dari buat suka-suka. Tak sangka sekarang jadi usahawan sambal. Rezeki tak salah alamat, semua dengan izinNya,” tulis Nubhan.
Memetik Nona, anak kelahiran Negeri Sembilan ini tak lokek berkongsi pengalamannya.
“Perjalanan bisnes, alhamdulillah bisnes makanan Mak Jenny dan skincare Lantara Beauty serta keluarga pun dah berkembang. Dah tambah seorang lagi ahli baharu dalam keluarga iaitu anak ketiga saya, Afzan Nayille. Klinik isteri sudah pun lengkap sepenuhnya dan ready,” katanya.
Setakat ini sudah ada 6 produk Mak Jenny di pasaraN iaitu Sambal Pedas, Masak Lomak Daging Salai dan Sambal Tempoyak.
Mengulas bagaimana tercetusnya bisnes Mak Jenny, Nubhan akui apa yang berlaku tanpa sengaja.
“Idea sebenarnya apabila saya secara tak sengaja mem’video’kan Mak Jenny di dalam content yang biasa saya keluarkan di YouTube dan Facebook. Tanpa disangka respon terhadap karakter mak saya sangat disukai oleh penonton. Mereka sentiasa request nak lagi Mak Jenny.
“Saya juga melihat dari segi reach, respon dan viewers video tu. Dekat Facebook boleh mencecah sehingga 7 juta tontonan dengan komen-komen yang sangat positif. Secara tak langsung video itu mengingatkan mereka kepada mak ayah, mak ayah yang dah tak ada dan banyak yang merindukan ibu bapa mereka.
“Ramai juga yang terasa ingin berjasa dan berbakti balik kepada mak ayah dan ada yang menginsafkan. Itu berita yang sangat gembira dan saya rasa bermakna apabila ada di antara mereka DM saya sendiri mengatakan ingin membalas jasa ibu bapa balik.
“Yang ada perselisihan faham, mereka mula menyesal dan mula merapatkan hubungan dengan ibu bapa mereka.
“Setiap apa yang keluar dari video itu adalah jujur daripada Mak Jenny dan bukan dibuat-buat. Mungkin energy atau aura Mak Jenny yang jujur itu mudah diterima oleh penonton. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Bapa kepada kepada tiga cahaya mata turut menambah, perniagaan makanan tersebut bermula secara serius dan dibuka kepada pengedar pada Julai 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.