Ads
Home Berita Idzham Ismail Puas Watak Ikram Penuhi Piawaian Pembaca Novel ‘Andai Itu Takdirnya’

Idzham Ismail Puas Watak Ikram Penuhi Piawaian Pembaca Novel ‘Andai Itu Takdirnya’

Ads

Setelah lebih 11 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, pelakon Idzham Ismail berkata dia akhirnya puas apabila wataknya sebagai Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya mendapat perhatian ramai.

Menurut Idzham, 35, dia terharu apabila ramai peminat drama tersebut memberikan komen-komen positif selain tertunggu-tunggu wataknya menerusi drama yang diadaptasi menerusi novel Siti Rosmizah Ismail menggunakan judul sama.

“Ini merupakan kali kedua saya dapat pegang watak protagonis (watak baik).

“Novel ini memang popular dan ada kelompok peminatnya yang tersendiri jadi saya agak risau sebenarnya jika tak dapat bawa Ikram mengikut expectation pembaca.

“Namun, Alhamdulillah saya lega bila dapat komen-komen positif yang mana mereka semua suka dengan pembawaan saya untuk watak Ikram.

Ads

“Jadi saya harap dengan watak Ikram ini dapat jadi batu loncatan untuk produser-produser berikan watak sebegini kepada saya selepas ini,” katanya kepada MH.

Idzham ditemui di Kay’s Steak & Lobster, IOI Connexion, Putrajaya baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu diberi peluang merasai hidangan terbaharu restoran tersebut iaitu Beef Wellington yang cukup terkenal di negara Barat.

Idzham Ismail Puas Watak Ikram Penuhi Piawaian Pembaca Novel ‘Andai Itu Takdirnya’
Idzham penggemar hidangan Beef Wellington  air tangan Chef Amirul di Kay’s Steak & Lobster.
Idzham Ismail Puas Watak Ikram Penuhi Piawaian Pembaca Novel ‘Andai Itu Takdirnya’
Pengunjung di Kay’s Steak & Lobster dapat menikmati Beef Wellington tanpa ragu-ragu terutama pelanggan beragama Islam selaras dengan konsep Kay’s Steak & Lobster iaitu Halal steak house. Kebiasaannya ‘reduction sauce’ sajian ini mengandungi red wine, namun di restoran ini, ia telah diolah dengan menggunakan blackcurrant sauce sebagai penggantinya yang tidak kurang enak. Berat sajian Beef Wellington ialah 300g.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berterima kasih kepada penulis skrip drama tersebut yang juga merupakan novelisnya, Siti Rosmizah Ismail kerana mencadangkan namanya untuk watak tersebut kepada pihak produksi dan stesen televisyen.

Ads

“Selama 11 tahun dalam bidang ini, saya susah diberi peluang untuk pegang watak baik. Selalu karakter jahat macam perogol, kaki pukul diberi kepada saya.

“Siti Rosmizah merupakan orang pertama yang berani push nama saya untuk watak protagonis.

“Bila dah dapat kepercayaan itu, saya memang nak buktikan tak semestinya muka melayu macam ini tak boleh bawa watak lelaki baik.

“Ada orang cakap dengan saya, watak baik kalau kita salah bawa, memang boleh tenggelam.

Ads

“Itu adalah satu cabaran besar buat saya tapi Alhamdulillah melihatkan respon penonton, watak Ikram memang sentiasa ditunggu-tunggu mereka sebab dia adalah ‘penyejuk’ dalam drama ini,” katanya lagi.

Selain Idzham, drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Dayang Areeda.

Drama arahan Jamal Khan itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI