Pelakon Idzham Ismail reda apabila rumah tangganya bersama isteri Siti Nur Abilah Shamsudin yang dibina sejak hampir lapan tahun lalu kini telah pun berakhir.
Menurut Idzham, dia dan bekas isteri sah bercerai selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Klang, Selangor, pagi tadi.
“Kami sah bercerai pagi tadi. Apa yang berlaku ini tidak perlu la saya kongsikan kerana ia melibatkan aib dia dan mungkin aib saya sebagai suami.
“Saya tak berjaya mendidik dia sebagai isteri. Segala yang berlaku hanyalah hal kecil. Mungkin dia terkhayal dengan hal duniawi.
“Saya tak nak salahkan dia. Mungkin saya juga salah,” katanya ketika dihubungi MH.
Tambah pelakon drama Juvana ini lagi, dia sudah tekad dan tidak mahu kembali rujuk memandangkan kedua-duanya sudah tawar hati.
Ads
“Hampir empat bulan juga saya cuba memujuk untuk kembali berkeluarga. Isu besar ini bermula sehak bulan Julai lalu.
“Jadi, saya tidak mahu merujuk dan kembali lagi. Mungkin kedua-dua kami sudah tawar hati. Saya rasa cukuplah sampai di sini.
“Nak rujuk pun buat apa. Saya sudah cuba pujuk selama ini,” katanya lagi.
Bertanya sama ada keruntuhan rumah tangganya berpunca dari kehadiran orang ketiga, Idzham menafikan.
Ads
“Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu,” katanya.
Terdahulu, Idzham berkongsi berita itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya pagi tadi.
Ads
“Mahkamah putuskan kami sah bercerai .Tidak akan dirujuk. Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat,” tulisnya.
Malah, Idzham turut mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.
Kredit Foto: Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi foto sama dedikasi hari jadi buat suami tersayang, pengacara dan penyampai radio Feeya Iskandar ada memuat naik sekitar sambutan hari jadi buat suami bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Meskipun ia hanyalah sambutan kecil-kecilan seperti yang dikongsi Feeya, namun ia pastinya memberi 1001 makna buat suami tersayang.
“Sambutan kecil-kecilan sempena birthday boy kita.hope b suka…,” tulisnya ringkas.
Tahniah diucapkan buat bintang media sosial yang juga merupakan usahawan muda, King Afiq telah selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz bersama pasangan yang dikenali sebagai Zainab.
King Afiq atau nama sebenarnya, Ameerul Afiq berkongsi berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz buah hati saya sah menjadi isteri buat saya. Doakan kebahagiaan buat kami berdua.
“I love you @zainab.zainabb , and thank you everyone for your warm wishes,” tulisnya.
Tambah King Afiq lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kebahagiannya bersama isteri tercinta.
Melihat di ruangan komen, rata-rata sahabat dan juga rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru itu.
Malah, ada juga segelintir pihak yang dilihat agak terkejut mendengar perkhabaran gembira tersebut.
Dalam pada itu, King Afiq turut berkongsi beberapa foto yang merupakan momen sebelum akad nikah di IG Stories miliknya.
Apapun, kami daripada team MH turut ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kalian dan semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.
Foto: Instagram King Afiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelawak, Fad Bocey sekeluarga apabila isterinya, Syaheera Rahman mengumumkan dirinya kini hamil anak keempat.
Pada usia kandungan yang kini mencecah dua bulan, ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui dia mengalami ‘morning sickness’ yang agak teruk.
Pada masa sama, Syaheera turut memberikan dedikasi istimewa terhadap bahtera perkahwinannya bersama Fad yang kini sudah pun memasuki tahun kelima.
“Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 daddy ,moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumahtangga serta keluarga kita.
“Dugaan? sgt banyak tapi hanya kesabaran yg jadi benteng utama .moga kita lebih matang dlm hubungan ni .susah senang kita biarlah jadi kenangan.
“Tak ada yg istimewa tahun ni tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi .nak tengok kena slide la .almost 2 months dan mommy mintak maaf takda special celebration .nak bangun berdiri pun tk mampu lgi .yes sgt teruk my first trimester.
“Moga lebih kuat lepas ni .banyak kerja tertunggak .thank you daddy ,uruskan semuanya. urus makan minum mommy ,anak2 ,sekolah anak2 pun daddy siapkn.
“Hanya Allah yg dpt balas .youre the best husband ever(walaupun gaduh confirm cakap bukan2)love you,” tulisnya pada kapsyen di Instagram beberapa hari lalu.
Entri sama turut disertakan bersama lampiran foto ujian kehamilan yang menunjukkan hasil positif.
Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Sementara itu, Fad turut memuat naik posting yang memberi aprisiasi sempena ulang tahun perhawinan dan permata hati yang bakal lahir, tidak lama lagi.