Hiburan

Idzham Ismail Sah Cerai, Takkan Rujuk Dengan Bekas Isteri – “Saya Tak Berjaya Didik, Dia Terkhayal Dengan…”

Share

Pelakon Idzham Ismail reda apabila rumah tangganya bersama isteri Siti Nur Abilah Shamsudin yang dibina sejak hampir lapan tahun lalu kini telah pun berakhir.

Menurut Idzham, dia dan bekas isteri sah bercerai selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Klang, Selangor, pagi tadi.

“Kami sah bercerai pagi tadi. Apa yang berlaku ini tidak perlu la saya kongsikan kerana ia melibatkan aib dia dan mungkin aib saya sebagai suami.

“Saya tak berjaya mendidik dia sebagai isteri. Segala yang berlaku hanyalah hal kecil. Mungkin dia terkhayal dengan hal duniawi.

“Saya tak nak salahkan dia. Mungkin saya juga salah,” katanya ketika dihubungi MH.

Tambah pelakon drama Juvana ini lagi, dia sudah tekad dan tidak mahu kembali rujuk memandangkan kedua-duanya sudah tawar hati.

“Hampir empat bulan juga saya cuba memujuk untuk kembali berkeluarga. Isu besar ini bermula sehak bulan Julai lalu.

“Jadi, saya tidak mahu merujuk dan kembali lagi. Mungkin kedua-dua kami sudah tawar hati. Saya rasa cukuplah sampai di sini.

“Nak rujuk pun buat apa. Saya sudah cuba pujuk selama ini,” katanya lagi.

Bertanya sama ada keruntuhan rumah tangganya berpunca dari kehadiran orang ketiga, Idzham menafikan.

“Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu,” katanya.

Terdahulu, Idzham berkongsi berita itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya pagi tadi.

“Mahkamah putuskan kami sah bercerai .Tidak akan dirujuk. Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat,” tulisnya.

Malah, Idzham turut mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.

Kredit Foto: Instagram Idzham Ismail

Published by
Aizam Manaf