Pelakon, Idzham Ismail sering berkongsi kisah perihal rumah tangga bersama isteri tercinta, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella.

Malah, Idzham mengakui bahawa dia seronok untuk berkongsi mengenai kebahagian rumah tangganya secara umum buat mereka yang telah berkahwin atau yang masih mencari-cari erti kebahagiaan.

“You never quit on me. Thats why i never quit on our marriage. Ada orang suka share kebahagiaan dan tips rumahtangga walaupon baru setahun dua kahwin, ada juga yang menentang dan memerli.

“Teruskan share, saya sendiri inspired and semangat saya naik semula jika saya baca tentang kebahagiaan orang yang baru kahwin, sebab saya sendiri baru 3 tahun mendirikan rumahtangga,” tulis Idzham.

Dalam pada itu, pelakon Juvana tertarik dengan tips mengenai kebahagian sesebuah rumah tangga.

Ads

“Kenapa saya suka baca tips dari yang baru kahwin? Sebab ia lebih dekat dengan cerita kami berbanding yang dah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, saya tak cakap yang lama tu tak bagus cuma jiwa lebih dekat dengan yang baru.

“Cara hidup dan perasaan lebih memahami bila baca. Inshaallah kepada yang suka share pengalaman, teruskan, tak salah sebarkan yang baik2 dari menyebarkan fitnah dan kebencian.

“Anda tak poyo, anda mulia kerana sudi luang masa untuk kebaikan yang membaca,” kongsinya sambil disertakan gambar bersama Bella.

Ads

View this post on Instagram

You never quit on me. Thats why i never quit on our marriage. Ada orang suka share kebahagiaan dan tips rumahtangga walaupon baru setahun dua kahwin, ada juga yang menentang dan memerli. . Teruskan share, saya sendiri inspired and semangat saya naik semula jika saya baca tentang kebahagiaan orang yang baru kahwin, sebab saya sendiri baru 3 tahun mendirikan rumahtangga. . Kenapa saya suka baca tips dari yang baru kahwin? Sebab ia lebih dekat dengan cerita kami berbanding yang dah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, saya tak cakap yang lama tu tak bagus cuma jiwa lebih dekat dengan yang baru. . Cara hidup dan perasaan lebih memahami bila baca. Inshaallah kepada yang suka share pengalaman, teruskan, tak salah sebarkan yang baik2 dari menyebarkan fitnah dan kebencian. Anda tak poyo, anda mulia kerana sudi luang masa untuk kebaikan yang membaca.

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Sementara itu, di ruangan komen, netizen mendoakan agar kebahagiaan mereka berdua kekal hingga akhir hayat.

Ads

Idzham Ismail Terus Kongsi Hal Rumah Tangga, Suka Baca Tips Bahagia Suami Isteri Idzham Ismail Terus Kongsi Hal Rumah Tangga, Suka Baca Tips Bahagia Suami Isteri

Untuk rekod, Idzham dan Bella yang juga seorang pramugari mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Sofea Inara.

Foto: Instagram Idzham Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI