Berkongsi paparan mesej dari peminat bersama sekeping foto seorang wanita tua yang terlantar di katil hospital, difahamkan wanita tersebut merupakan peminat Uyaina Arshad dan sering mengikuti drama lakonannya di kaca televisyen.
Individu tersebut memohon agar pelakon ini membuat ucapan khas buat neneknya dan sanggup membayar perkhidmatan tersebut.
Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun berbesar hati mengirimkan ucapan khas di laman Instagram miliknya dan mendoakan agar wanita tersebut diberi kesembuhan.
Tindakannya nyata menyentuh hati netizen dan rata-rata meninggalkan reaksi di ruang komen.
Foto : Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elly Mazlein Jawab Dakwaan Hamil, Minta Doa Yang Baik-Baik – “Suami Pun Tunggu, Semuanya Aturan Allah SWT.”
Bintang versatil, Elly Mazlein yang masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan ‘confirm’ saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini.
“Sesuatu yang baik dan bahagia ini… semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.
“Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.
“Harapan saya memang sangat besar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi Dusta Cinta itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.
“Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu.
“Saya mohon… Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan,” pintanya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.
Malah sebelum ini menerusi program Muzikal Lawak Superstar, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.
Elly ditemui ketika majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tahun ini, Elly terpilih sebagai sebahagaian daripada kempen Ramadan Astro ‘Skuad Lembaran Baharu’, yang turut dibarisi Alif Satar, Cik B, Radin ERA, Dina Nadzir Sinar, Shah Gegar, Isha Norshsm dan pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana selaku duta.
Imbas kembali, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya, Sayang Kamu,” – Emma Maembong Akhirnya Kongsi Foto Sedang Memangku Anak Sulung, Peminat Titip Ucapan Selamat Berpantang
Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi sekeping foto sedang memangku bayi lelaki yang menjadi permata hatinya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.
Memuat naik foto sejurus bersalin di Instagram itu, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail menitipkan ucapan selamat buat para peminatnya awal semalam.
“Good night semua from us,” tulis Emma ringkas.
Sebelum ini, pelakon berkenaan telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya itu kira-kira jam 2.38 pagi, 8 November lalu dan turut membuka akaun IG, @eslovestory khusus bagi berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak serta mengucapkan selamat berpantang buat Emma.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tahun Tunggu Masuk GV, Ayu Damit Sifatkan Penantian Berbaloi – “Dapat Tempat Ketiga, Satu Kepuasan Buat Diri-Sendiri.”
Ayu Damit menyifatkan penantiannya selama enam tahun untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) akhirnya berbaloi tahun ini.
Jelas bintang kelahiran Sabah ini, dia sebolehnya mahu menyertai pertandingan hiburan realiti itu sejak musim awal ia diterbitkan.
“Saya cuba untuk sertai pertandingan ini sejak musim pertama lagi. Saya tunggu dan tunggu.
“Jadi tahun ketujuh baru dapat peluang. Rasa gembira dapat peluang ini, apatah lagi apabila berjaya mara ke peringkat akhir. Alhamdulillah,” katanya.
Meski prestasinya tidak begitu konsisten, namun Ayu komited untuk cuba memberikan yang terbaik.
“Walau ada naik turun dalam kedudukan saban minggu sebelum ini, bila dapat tempat ketiga, jadi satu kepuasan buat diri-sendiri,” katanya syukur.
Sebelum ini, Ayu yang sinonim menerusi single Hanya Di Mercu, mengakui pernah tersilap langkah hingga menyebabkan kerjaya nyanyiannya kurang menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya kepada Media Hiburan, meski pelbagai naskhah diketengahkan, namun ia dilihat masih kurang berjaya mengembalikan sinaran populariti yang pernah dikecapi.
Lalu, Ayu mengambil peluang yang ada di GV7 untuk membuktikan kebolehan, seterusnya cuba memberikan yang terbaik buat yang tidak putus memberikan sokongan.
“Ini satu pentas yang besar. Malah suami turut cakap, penyertaan dalam GV7 ini mungkin satu platform terbaik untuk buktikan yang diri ini masih lagi aktif menyanyi.
“Dah lama tak keluar televisyen, jadi inilah peluang terbaik kembali perkenalkan diri semula. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, konsert akhir GV7 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Astro Ria dan Ria HD malam tadi menyaksikan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar diumum sebagai juara, sementara Muss di tempat kedua.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI