Pelakon, Sweet Qismina mendedahkan bahawa arwah bapanya, Supandi Mohammad tidak setuju pembabitan anaknya dalam industri hiburan pada mulanya.
Jelas Sweet, arwah bapanya menganggap bahawa industri hiburan membawa kearah negatif yang boleh memberi kesan kepada anaknya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Pink Smile menerusi Instagramnya.
“I tak pernah jumpa lelaki selembut dan sebaik Baba. If you nak tahu, Baba enggan membenarkan saya terlibat dalam industri hiburan sebab dia takut persepsi masyarakat terhadap bidang tersebut dianggap BAD & DIRTY, jadi, dia tak nak I kena.
“But he didn’t judge me, he wasn’t mad at me. Sebaliknya, dia cuba untuk memahami minat saya.
“Satu hari, dalam diam, Baba berjumpa pengarah, abang Aziz M Osman di R&R, maka dari situ bermulalah pembabitan saya dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan di Astro Ceria,” kongsinya.
Bagaimanapun, arwah bapanya mulai sedar akan perjalanan karier Sweet sebagai seorang pelakon yang hebat.
“Guess what? Baba sangat berbangga sambil berkata “anak aku pun berlakon” , ia sangat menyentuh hati saya.
“Kemudian, apa sahaja yang saya lakukan, dia sentiasa berkata “Baba bangga dengan kamu, Sweet”.. Sampai lah hari terakhir.
“Thank you Baba. Your berkat, kindness, positivity & full of love has made me who i am today,” akhirinya.
Sweet,22, mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Hikayat Putera Shazlan (2008) lakonan bersama Fimie Don dan Abby Abadi.
Foto : Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI