Ifa Raziah Dapat Sijil Dari Malaysia Book of Records, Acara Beli-Belah Selama 75 Jam Tanpa Henti Sukses!

Share

Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang menjadi penggerak kepada kejayaan acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest.

Kejayaan terbabit sekaligus mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Ifa berkata, dia terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menjangka sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengumjung yang tidak henti -henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022.

“Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita bulan Ramadan ini selepas tidak mampu berbuat demikian susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu itu dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari.

Difahamkan, jumlah pengunjung yang datang adalah seramai 2.8 juta orang.

Selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan ekoran penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara, pastinya kemunculan semula StarVendors Mega Raya Fest 2022 memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan.

Kali ini penganjurang berkenaan telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH