Demi solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan, Ifa Raziah mengambil inisiatif dengan menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha bersyukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.
“Himpunan ini adalah yang pertama di adakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.
“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang yang membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, 3,027 orang wanita, lebih 678 orang warga emas dan lebih 27,490 orang cedera,” katanya.
Ads
Pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Anuar turut diundang memberikan tazkirah berkenaan isu peperangan yang melanda bumi bergolak di Gaza.
“Selain ceramah, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan Palestine yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana. Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, mengulas mengenai Starvendors Penang Foodstival, Ifa memberitahu dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.
“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.
Ads
“Selain kita berjualan, ada juga booth artis seperti Mila Jirin yang hasil jualannya itu akan di sumbangkan ke Tabung Palestin.
“Terima kasih kepada semua barisan selebriti,pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas pengacara dan model, Nabil Mahir mengakui hubungannya bersama pelakon, Sarah Hilderbrand sudah pun berakhir selepas lima tahun menyumlam cinta, kecoh netizen mulai membuat spekulasi bahawa pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini sudah pun mempunyai lelaki baru dalam hidupnya.
Menguatkan lagi desas-desus tersebut, Sarah turut memuat naik gambar seorang lelaki di Instagram miliknya baru-baru ini ketika dirinya berkunjung ke Amerika Syarikat.
Malah, lelaki berkenaan yang berketurunan Filipinan berdasarkan kapsyen Sarah juga turut membuat naik foto bintang tersebut dengan kapsyen yang cukup ‘sesuatu’.
Malah menerusi temu bual sebelum ini, Nabil turut memaklumkan wanita tersebut sudah pun move on dengan lelaki lain dan selebihnya, boleh bertanya hal tersebut dengan si empunya badan sendiri.
Terdahulu, keretakan hubungan pasangan kekasih Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand telah bertiup kencang apabila pasangan ini tidak lagi mengikuti akan Instagram masing-masing.
Apapun, lebih baik untuk kita mengetahui terlebih dahulu penjelasan siapakah gerangan lelaki kacak itu dari si empunya badan lan? Jadi, jantan speku lebih-lebih ya…
Foto: Instagram Nabil, Sarah dan Otto Gillen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya itu pada 29 November tahun lalu.
“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.
“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru itu Mohd Iqbal berkata, pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.
Di dalam maklumat hebahan sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai fizikalnya iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.
Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram turut berkongsiperkara berkaitan.
Penyanyi Shahir Zawawi memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Jaskin Jaludin pada 2 September ini bertempat di Subang Jaya, Selangor.
Memetik Harian Metro, Shahir berkata dia berdebar untuk melangkah ke fasa seterusnya namun dalam masa yang sama teruja bakal menerima keluarga baharu.
“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.
“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.
Menurut penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, semua persiapan sudah pun disediakan dan cuma menunggu hari untuk diijabkabulkan pada Jumaat ini.
“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni.
“Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya.
Shahir dan bakal suri hatinya akan diraikan dalam satu resepsi di lokasi sama dengan pernikahan, pada keesokan hari iaitu 3 September.
Terdahulu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kelapan itu telah mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga tunangnya di Tawau, Sabah.
Sebelum ini, Shahir turut pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shahir Zawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu manafikan dakwaan yang mengatakan dirinya hanya sekadar ‘miming’ ketika mempersembahkan lagu terbaharunya yang berjudul Harum Mekar Di Hati secara langsung di pentas akhir Famili Duo 4, Ahad lalu.