Selebriti versatil, Ifa Raziah tampil menjelaskan mengenai video keberadaannya di sebuah kedai emas yang tular selepas dia didakwa berbelanja lebih RM100,000 bagi membeli barangan kemas bersaiz dempak, baru-baru ini.

Ifa menjelaskan pembelian tersebut sebagai pilihan hadiah daripada suami, Mohd Yani Abdul Rahman bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

Ifa Raziah Beli Set Emas RM100,010; “Suami Suruh Pilih, Nak LV Atau Ini.” Ifa Raziah Beli Set Emas RM100,010; “Suami Suruh Pilih, Nak LV Atau Ini.”

“Iya ini hadiah paling bermakna. Awalnya suami suruh pilih, nak LV (Louis Vuitton) atau set barangan kemas. Sebab saya memang peminat LV. Kalau ditawarkan beg jenama lain pun saya tak mahu.

“Tapi saya cakap dengan suami, tak mahu beg sebab sudah ada banyak, penuh almari. Cukup-cukuplah. Sekarang saya nak buat ‘investment’ demi masa depan.

“Saya nak jadi pengumpul emas. Sebab besok katalah suatu hari berlaku sesuatu pada kita. Dengan pandemik selama dua tahun yang membuatkan ramai terjejas seluruh dunia membuatkan saya mahu menyimpan.

Ads

“Menyimpan daripada segi wang tunai dan emas. Kita tahu walau macam mana pun berlaku pada ekonomi, emas tetap ada nilainya.

“Malah manalah tahu kalau saya pun tak sesenang hari ini, nak jual beg beg mungkin tiada nilai. Jadi lebih baik saya laburkan kepada sesuatu yang lebih bernilai, ada manfaat pada saya di kemudian hari,” katanya kepada MH.

@mediahiburanofficial Grand hadiah bday Miss Diva kita #MHnews #MediaHiburan #Fyp ♬ original sound – Media Hiburan

Ditanya mengenai dakwaan menunjuk-nunjuk susulan harganya yang mencecah harga ratusan ribu ringgit itu, ini reaksi Ifa;

Ads

Ifa Raziah Beli Set Emas RM100,010; “Suami Suruh Pilih, Nak LV Atau Ini.” Ifa Raziah Beli Set Emas RM100,010; “Suami Suruh Pilih, Nak LV Atau Ini.”

“Ikut majlis, bukan hari-hari saya pakai. Samalah macam kalung ‘love’ besar yang saya beli dulu. Yang lain-lainnya kecil sahaja untuk kegunaan harian.

“Cuma saya ada kunjungi beberapa buah kedai emas lain, tapi inilah antara rekaan yang dipilih suami untuk saya. Simbolik cintanya kepadaku (rekaan berbentuk ‘love’). Malah suami kalau boleh nak satu set. Hanya yang ini ada set.

Ads

“Bila pakai yang begini (emas bersaiz dempak) memang akan ditemani pengawal peribadi dalam empat atau lima orang. Bergantung kepada majlis yang dihadiri. Malah habis sahaja majlis, saya akan buka dan simpan,” katanya.

Atas sebab minat jugalah, Ifa kini mulai belajar cara pengurusan barangan kemas dan tidak menolak kemungkinan untuk membuka kedai emas sendiri selepas ini.

Terdahulu, Ifa ditemui pada majlis sambutan hari hadinya yang turut diraikan oleh rakan selebriti dan usahawan di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur, Khamis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI