“Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli.”
Demikian kejutan persalinan yang bakal digayakan Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga selebirti popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah di dalam acara berkenaan yang berlangsung pada 13 hingga 17 April depan.
Ifa bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dirancang dan sebolehnya, biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.
“Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian kena datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ifa mengakui dia serius dan komited bahawa kali ini, pihaknya optimis mahu memastikan acara Starvendors dicatat dalam rekod dunia dan kini dalam proses untuk merealisasikan perkara tersebut.
“Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan, insya-Allah. Doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.
Ads
“Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.
“Cuma untuk tujuan tersebut, kita tidak menggunakan perkataan ‘Mega Raya’ kerana ia melibatkan budaya dan bangsa. Jadi jika acara ini tercatat dalam Guinness World Book Of Records dia akan menjadi Longest Non-Stop Festival,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Gemercing Rindu itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis lalu.
Mengulas mengenai beberapa festival lain yang difahamkan turut berlangsung pada tarikh sama, Ifa berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu fokus terhadap kelancaran acara yang dianjurkannya.
Ads
“Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan ramai orang. Malah soal persaingan ini pun suatu hal yang positif dan sihat.
“Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati? Kita sama-sama dalam bidang ini dan patut meraikannya. Jadi, sama-samalah kita fokus pada perniagaan masing-masing,” katanya.
Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti.
Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Ads
Tahun lalu, acara sama berjaya mengumpulkan lebih 350 usahawan bersama 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.
“Jika tahun lalu Starvendors berjaya meraih RM800 juta transaksi urus niaga selama 75 jam ia berlangsung, saya berharap penganjuran kali ini di ‘rumah baru’ kami ini, kutipan akan sukses juga.
“Tambahan lagi kali ini masa urus niaga juga lebih panjang dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan nombor satu vendor-vendor di Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai seorang usahawan, sudah tentu mereka harus mempersiapkan diri dengan pelbagai idea-idea di luar kotak bagi memastikan produk mereka akan sentiasa dikenali dan mendapat permintaan di pasaran.
Bagaimanapun, setiap idea yang diberikan sudah pasti akan menerima reaksi yang pelbagai di kalangan warganet.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin menerima respon pengguna media sosial gara-gara video tranformasi warna kulit daripada gelap ke cerah yang dilakukannya.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan aksi isteri aktor, Shaheizy Sam itu yang awalnya berwajah gelap dengan contengan hitam lalu berubah warna sejurus aplikasikan foundation pada wajah.
“Nampak sangat ke wei. Dari muka macam tapak kaki ke #mukakulitteloq. Minggu depan kami launching,” tulisnya menerusi video TikTok yang dimuat naik ke Instagram.
Melihat ke ruangan komen, ada peminat yang menyifatkan ‘content’ tersebut agak keterlaluan.
Malah, ada juga yang berpendapat isu warna kulit ini tidak sepatutnya dijadikan bahan kerana disifatkan sebagai tidak sensitif.
Terdahulu, nama Syatilla pernah hangat diperkatakan gara-gara video mempromosikan produk jamunya, Pengaseh sebelum ini.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Haris Ismail akui turut terkesan dengan tragedi menimpa bayi berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam jagaan pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Melaka.
Menurut Haris atau lebis mesra disapa PU Riz, sebagai pengasuh, mereka seharusnya lebih bersabar dan melayan anak-anak ini dengan berperikemanusiaan dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Apa pun alasan, tidak wajar dan bersifat binatang. Yang menekup anak itu sehingga mati, jika tak mampu bersabar janganlah menawarkan pedih dan dukacita.
“Sebagai jua seorang bapa mendengar rintihan seorang ayah yang kehilangan anak,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, PU Riz turut berharap agar si pelaku dapat bertaubat dan kesal dengan perbuatannya itu
“Bawalah istighfar, sedari dan taubatlah jika benar kerana tak ada harta mahupun kenikmatan yang boleh ditinggal di dunia ini melainkan anak yang soleh.
“Dihancurkan dengan kejam,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar ibu bapa kepada bayi berkenaan diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
“In sha Allah anak itu menunggu ayah ibunya di syurga. Dilahirkan dalam keadaan (suci). Takziah keluarga Baby Al Fateh.
“Jika sesiapa yang mengenali keluarga beliau boleh smpaikan salam saya dan kita sedia bantu mereka dari apa yang mampu. Tolong sampaikan pada keluarga Al Fateh,” akhirinya.
Media semalam melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh suspek.
Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi mendakwa perbuatan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Susulan itu, seorang pengasuh sebuah taska di Kelemak direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau menetapkan tempoh reman bermula Sabtu hingga Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!