Pelakon dan usahawan, Ifa Raziah menegaskan dia tidak gentar dengan setiap kritikan, sekali gus menjadikan itu sebagai penguat sebanyak untuknya terus komited dalam mengusahakan perniagaan yang diusahakan.

Malah menurut Ifa, dia juga tidak kisah dengan pandangan negatif segelintir pihak dan komitmennya kini hanya untuk menjayakan Starvendor KL Mega Raya Festival 2025, tidak lama lagi.

Karnival Beralih Ke Lokasi Baharu

Tahun ini, Starvendor KL Mega Raya Festival akan berlangsung di KL Base, Sungai Besi, kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Gemercing Rindu ini menjelaskan, perubahan lokasi bukan disebabkan kemerosotan jualan, sebaliknya untuk memberikan kelainan kepada pengunjung.

“Sebenarnya saya tak ‘downgrade’, sama sahaja. Cuma, kita nak keluar ke tempat baru.

“Tukar lokasi ini sebab kita mahukan tempat yang boleh memasak sebab orang (pengunjung) nak makan, nak sahur dan nak moreh. Sebab itu saya mahukan kelainan,” katanya.

Ads

Festival ini akan berlangsung selama 80 jam tanpa henti, dari 20 hingga 24 Mac depan dan dijangka bakal menarik 800,000 hingga 1 juta pengunjung.

Apa yang menarik, kali ini parkir percuma turut disediakan dengan kapasiti 20,000 hingga 30,000 kenderaan.

Ifa Raziah Tak Gentar Dikritik, Fokus Majukan Bisnes! – “Sebenarnya Saya Tak ‘Downgrade’. Cuma…” Ifa Raziah Tak Gentar Dikritik, Fokus Majukan Bisnes! – “Sebenarnya Saya Tak ‘Downgrade’. Cuma…” Ifa Raziah Tak Gentar Dikritik, Fokus Majukan Bisnes! – “Sebenarnya Saya Tak ‘Downgrade’. Cuma…” Ifa Raziah Tak Gentar Dikritik, Fokus Majukan Bisnes! – “Sebenarnya Saya Tak ‘Downgrade’. Cuma…”Kini Kejayaan Terbukti!

Ads

Sebagai Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Ifa mengakui ramai yang pernah meragui kebolehannya untuk menguruskan festival besar, sebelum ini.

“Selama ini orang pandang rendah pada saya, kata ‘Ifa Raziah ni boleh ke buat?’ Hello, aku dah berapa tahun buat Starvendor, gagah sahaja.

“Yang skeptikal terhadap saya itu adalah saingan saya. Sekurang-kurangnya saya berani dalam mencuba,” katanya lagi.

Ads

Acara tahun ini bakal menyaksikan penyertaan lebih 50 selebriti termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Fizz Fairuz, Ramlah Ram, Noraniza Idris dan ramai lagi.

SPayLater turut menjadi rakan pembayaran eksklusif festival ini dengan sistem ‘Buy Now, Pay Later’, membolehkan pengunjung membeli-belah dengan lebih fleksibel.

Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan untuk mendapatkan ‘hujan duit’ dan goodies bag bernilai lebih RM100,000 sepanjang festival berlangsung selama lima hari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI