Usahawan dan selebriti terkenal, Ifa Raziah tidak menafikan ada segelintir masyarakat yang pernah mendakwa yang dia kononnya kurang hormat terhadap suami, Mohd Yani Abdul Rahman sebelum ini.
Meski ada segelintir yang menanggap sedemikian terhadap dirinya, Ifa dengan tenang menjawab tanggapan negatif tersebut.
Jelas Ifa, kehidupan yang dilaluinya sangat berbeza dan tidak sama sekali dengan kehidupan orang lain.
“Saya tak nafikan ada segelintir masyarakat akan pandang saya sebagai seorang isteri dan selebriti menganggap saya ini ada rasa hilang hormat pada suami.
“Macam kes saya ni berbeza dengan kehidupan orang lain. Bezanya orang lain pergi kerja saya duduk rumah, orang lain bercuti saya bekerja.
“Kehidupan saya agak berbeza dengan kehidupan orang lain dan tidak sama.
“Suami saya sentiasa berada dengan saya 24 jam di belakang menyokong saya,” katanya.
Ads
Dedah penyanyi berusia 46 tahun ini, setiap keputusan dan tindak tanduk yang dilakukan atas arahan serta keizinan suaminya.
“Sebenarnya, apa sahaja tindakan yang saya lakukan adalah atas arahan dia saya bertindak. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
“Cara kehidupan saya tidak sama dengan orang lain, tetapi tidak ada tilmbulnya rasa tidak hormat pada suami.
Ads
“Sebab apa yang saya buat adalah restu dan arahan daripada suami saya. Semua suami yang menjaga saya.
“Dia tetap suami saya walau ke mana sahaja pun saya pergi rasa hormat itu tetap ada.
“Pergaduhan yang manja-manja itu biasa lah kadang-kadang, asam garam rumah tangga tetapi akan diselesaikan dengan cara yang berhemah dan baik,” katanya lagi.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha telah berkongsi hal tersebut ketika di undang sebagai tetamu jemputan rancangan Wanita Hari Ini, TV3 bagi membincangkan topik ‘Hilangnya Rasa Hormat Antara Pasangan’ bersama penonton.
Ads
Sekadar informasi, Ifa telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman pada tahun 2004.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Shakir Aqili.
Selain Shakir, Ifa turut memilik seorang anak angkat perempuan bernama Sharifah Putri Umairah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis popular, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang akan beri reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Lebih menarik, ada di antaranya yang lahir pada bulan kemerdekaan negara.
Jadi kali ini, MH senaraikan tarikh lahir selebriti terkenal yang lahir bulan Ogos sebagai rujukan.
Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga.
Baru-baru ini telah tersebarnya beberapa keping gambar Emma Maembong tidak berhijab dan menjadi perbualan kalangan netizen.
Pelakon senior, Amyza Aznan telah memuat naik satu keping gambarnya di akaun Instagram milik Amyza dan memerli netizen setelah isu ini menjadi tular, meski Emma sudah membuat pemohonan maaf.
“Jangan sibuk la celah kangkang orang.”
“Ni ha celah kangkang cik gayah have have… setakat chanel hmmmmm celah kangkang cik gayah have have je”
“So hashtag harini #celahkangkang”
“Jaga celah kangkang masing2… cer tengok peha tu bergesel tak? Kalau bergesel makan la ubat kurus yg cik gayah have have makan..nescaya peha tak bergesel dan celah kangkang TAK MELECET DAN KEPAM” tulisnya.
Rata-rata netizen sangat terhibur apabila melihat kapsyen yang ditulis oleh Amyza malah netizen juga turut bersetuju dengan pendapat Amyza yang berkata sedemikian.
Amboi, bukan main lagi Amyza letak beg tangan berjenama Chanel di celah kangkangnya. Apa-apa pun Amyza tetap Nampak bergaya dan cantik.
Foto : Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian video Fikry Ibrahim mendapat tontonan lebih 100 ribu netizen yang rata-rata cukup terhibur dengan bebelan seorang pakcik tua ini.
Tanpa menyebut nama dan perkara buruk individu lain, nyata netizen kagum dengan kebijaksanaan lelaki tua ini dalam melempiaskan ketidakpuasan hati.
“Dia kata kat aku. Aku kata la balik. Ku kata kata kata kata kata. Uihhh,dia nak tunjuk garang dia, dia kata la kat aku.
“Aku tak lepas Ku kata kata kata kata kata kata kata kata. Rupanya dia pun tak bagi can. Dia kata balik. Hang tau dia kata apa. Dia kata la. Dia kata kata kata kata kata kata. Ku kata balik kat dia,” katanya di dalam video yang dikongsi.
Lalu ini pula yang ditulis Fikry di ruangan kapsyen;