Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang telah berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya yang telah disahkan hamil empat bulan.
Berita itu dikongsikan Rizman menerusi Instagram miliknya, hari ini.
Sambil merakamkan rasa syukur, pereka ini turut menyifatkan rezeki zuriat sebagai anugerah paling berharga.
Ads
“Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
“To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu.
Ads
“Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. Amin amin ya rabbalalamin,” titipnya.
Lalu, entri berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan.
Ads
Terdahulu, Rizman,36, dan Nurida, 31, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di ibu negara dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Rizman Nordian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan tunang, Syamel dan Ernie Zakri telah pun diundang sebagai panel undangan di program hiburan mingguan, MeleTOP baru-baru ini.
Pelbagai cerita dikongsikan mereka termasuk pengakuan Ernie yang mencuri perhatian ramai.
“Rasa gembira. Alhamdulillah. Kami rasa gementar sebenarnya, hanya mendoakan yang baik-baik daripada semua,” pinta Ernie selepas ditanya mengenai apakah perasaan sejak bergelar tunangan orang.
Sementara Syamel pula menyifatkan ikatan yang telah terjalin membuatkan dirinya rasa lebih bahagia.
“Secara peribadinya, saya rasa bahagia,” akuinya.
Sementata itu, penyanyi Boneka turut mendedahkan dia yang terlebih dulul membuat pengakuan dan seterusnya meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Sebenarnya, saya yang ‘confess’ suka dekat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasakan kalau tidak ambil langkah pertama dulu, tidaklah jadi macam sekarang ni.
“Akan tetapi ketika itu dia juga ada cakap, suka pada saya. Tetapi kita itu kami sedang bekerja.
“Cuma dia tidak mahu ganggu fokus saya. Saya pula jenis yang suka terus-terang,” kata Ernie sambil disambut tawa hos, Nabil dan Elly Mazlein.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu dan keduanya merancangu untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Ikuti temubual penuh bersama mereka di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah Micheal Ang berkongsi proses membuat Kaya Nyona dan menyifatkan ia langkah yang cukup renyah untuk disediakan.
Jadi atas sebab itulah, Mike menjelaskan dia bercadang agar penjual kuih untuk menaikkan harga makanan yang dijual, jelasnya walaupun bahannya murah, namun ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
“Salam semua. Akhirnya siap jugak kaya nyonya kita. Yg best ni boleh simpan 3-4 bulan sebab kita double boiled 3 jam.
“Serious la i rasa org2 yg jual kuih kena naik kan harga kuih dia org jual! Memang la bahan nak buat kuih murah tapi nak buat kuih kuih ni takes a lot of effort n time.
“Kalau i dlm business kuih memang I akan charge mahal for all those time n effort. Sebab nak buat sendiri memang LAMBAAAAAAT LAGI kalau tak sebab kena kurung dlm umah.
“Aku bersumpah takan bising lagi kalau kuih or cake mahal. Tapi make sure la kalau mahal kena sedap ya! Kalau tak memang kena sumpah la! Luv u all n stay safe!” jelasnya.
Penyanyi Datin Alyah menerima dengan hati yang terbuka apabila gimik api yang ingin dipersembahkan di program The Hardest Singing Show tidak dibenarkan pada saat akhir seterusnya merencatkan keseluruhan persembahan.
Menurut Alyah, keputusan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak produksi bagi mengelakkan risiko pentas terbakar dan kecelakaan terhadap mereka yang terlibat dengan persembahan.
“Ada perasaan bercampur baur. Kecewa dan tidak kecewa. Kalau saya paksakan juga api itu, saya akan jadi kambing golek.
“Hati saya masih boleh menerima gimik tersebut tidak menjadi. Saya tidaklah terlalu ralat sampai nak marah-marah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat program The Hardest Singing Show malam tadi.
Pada masa sama, Alyah turut memaklumkan punca gimik tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah seorang yang terlibat dengan persembahannya dikatakan telah terpijak minyak.
“Kejadian berlaku ketika kami beramai-ramai naik ke pentas dan salah seorang daripada kami telah terpijak minyak.
“Kalau api itu dihidupkan, potensi untuk pentas dan termasuk saya sekali terbakar memang agak teruk. Demi keselamatan, pihak produksi tidak hidupkan api.
“Saya tunggu juga bila api nak dihidupkan kemudian saya sedar yang api itu tiada. Jadi, saya teruskan juga. Saya faham kejadian tersebut,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak mematahkan semangat Alyah untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan.
“Umur saya pun sudah mencecah 40-an. Untuk menjayakan persembahan seperti yang dimahukan program ini, ia satu perkara yang sangat mencabar juga.
“Lagipun, saya memakai hijab dan untuk bergerak aktif macam adik-adik saya, mungkin ada kesan yang perlu saya hadap.
“Saya akan cuba yang terbaik. Saya ada di dalam program ini kerana diberi peluang dan mungkin rezeki buat saya. Tak cuba, tak tahu,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dirinya tertekan untuk bersaing dengan peserta yang lebih muda, Alyah menyifatkan tekanan itu lebih terarah kepada diri sendiri.
“Tekanan itu lebih kepada diri sendiri. Saya sudah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lepas.
“Gastrik saya sudah hilang tapi perkara yang paling susah buat saya ketika ini adalah untuk mengawal vokal dan penafasan.
“Ruang simpanan angin dalam perut saya tidak seperti dahulu. Jadi, saya kena belajar semua dan saya baru tahu hal ini.
“Saya pun tak tahu yang saya dah hilang kekuatan itu. Saya tak boleh jadikan hal ini sebagai alasan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!