Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat seni yang dimilikinya.

Jelas Ika, sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, dia telah pun merasai segala kesenangan namun dia tidak mahu kemampuannya, terhenti setakat itu sahaja.

Ika mendedahkan dirinya enggan terlalu selesa dengan kehidupannya ketika ini, meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda.

Ika Nabila Akui Belum Puas! Azam Bantu Lebih Ramai Orang Ika Nabila Akui Belum Puas! Azam Bantu Lebih Ramai Orang

Ads

“Setting a GOAL is the first step
in turning the invisible into the visible!
16 years berlakon tbh I was very comfortable with my life, my financial. I have enough, more than I could ever dreams when I was a child. CUKUP.

“Ada kereta, rumah, mampu holiday overseas, designer brands pun merasa, at the age of 20 dah boleh gajikan driver. Yes, sederhana bagi orang kaya tapi mewah bagi Ika Nabella. Luasnya rezeki pinjaman Allah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Katanya lagi, perasaan tersebut sebenarnya menjadi antara pemangkin semangat buat dirinya untuk menceburkan diri didalam dunia bisnes.

Ads

Dalam pada itu, Ika turut memberitahu, niatnya untuk memulakan bisnes adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.Ika Nabila Akui Belum Puas! Azam Bantu Lebih Ramai Orang Ika Nabila Akui Belum Puas! Azam Bantu Lebih Ramai Orang

“CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI ?
The first thing I asked my self when I decided to seriously start my businesses ; and few more brands coming up to achieve my GOALS.

“WHY? sebab I paling benci dengan ayat CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI. I want to be able to diapense more, sacrifice more, entrust more, allocate more. WHY? because ‘He is with you wherever you may be. And Allah sees well all that you do’,” tulisnya.

Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.

Ads

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini baru berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Ika Nabella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI