Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat seni yang dimilikinya.
Jelas Ika, sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, dia telah pun merasai segala kesenangan namun dia tidak mahu kemampuannya, terhenti setakat itu sahaja.
Ika mendedahkan dirinya enggan terlalu selesa dengan kehidupannya ketika ini, meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, perasaan tersebut sebenarnya menjadi antara pemangkin semangat buat dirinya untuk menceburkan diri didalam dunia bisnes.
Dalam pada itu, Ika turut memberitahu, niatnya untuk memulakan bisnes adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini baru berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Ika Nabella