
Kecoh di Twitter apabila Nabila Huda naik hantu gara-gara komen seorang netizen yang menggunakan akaun Aliaaaaa, yabg difahamkan tidak berpuas hati dengan servis kedai makan Waroeng Isabella miliknya.
Menurut Alia, pengalamannya di kedai makan pelakon terkenal itu sebagai hambar.
Lebih mengecewakan, dia juga dikatakan terpaksa menunggu selama dua jam hanya untuk menikmati ikan gurame.
Menjawab komen berkenaan yang disifatkan tidak profesional, Nabila menjelaskan satu persatu proses yang perlu dilalui sebelum hidangan sampai ke meja.
Antara lain, pengguna Twitter itu juga sampai membandingkannya dengan jenama makanan lain.
Namun, meski penjelasan sudah diberikan, netizen turut memberikan komen yang pelbagai terhadap pelakon filem Tombiruo itu.
Malah ada juga komen yang menganggap Nabila seharusnya memohon maaf.
Bagi MH, pelanggan memang mempunyai hak bagaimanapun diharap penjelasan yang diberikan boleh menjernihkan situasi.
Kredit foto – Twitter Nabila Huda.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedekah Telekung Buat Anak Orang Asli, Usaha Murni Pengasas Pakaian Muslimah Sentuh Jiwa – “Perasaan Berbeza, Tangisan Yang Jujur Dari Hati.”

Sejak beberapa hari lalu, sebuah rakaman video yang antara lain memaparkan seorang gadis Orang Asli yang dikenali sebagai Azura Anjau kelihatan sebak dan menangis kegembiraan apabila menerima telekung pemberian pengasas pakaian muslimah Munawwareen, Aliza Abu Bakar tular di media sosial.
Sehingga kini, video yang dikongsikan pengguna Twitter menerusi akaun @Okopipi_ itu sudah pun menerima lebih 110,000 kali tontonan bersama pelbagai respon positif yang ditinggalkan.
Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. Insyallah pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaallah dapat. pic.twitter.com/RtA1MzgNMX
— 🐸 (@Okopipi_) May 2, 2021
Sementara itu, Aliza menerusi Instagram mengakui situasi itu membuatkan hatinya tersentuh apabila telekung beberapa wanita lain dapat digantikan dengan yang baharu.
“Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.
“Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung.
“Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura binti Anjau ni masih muda remaja.
“Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh,” kongsinya.
Terdahulu pada 20 April lalu, Munawwareen mengambil keberkatan di bulan Ramadan dengan mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong.
“Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki utk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh.
“Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian.
“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif daripada Munawwareen.
“Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur. Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat,” ujar Aliza.
Dia pada masa sama bersyukur dan seronok kerana berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat Orang Asli.
Bagi Aliza, kesudian mereka menerima telekung tersebut merupakan satu rahmat yang besar bagi dirinya.
“Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang.
“Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka,” tulisnya lagi.
Selain telekung, Aliza juga turut menyumbangkan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu.
Pasukan Munawwareen ke sana dengan bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer.
Aliza juga mempunyai alasan tersendiri memilih perkampungan Orang Asli.
“Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi “hot spotted” atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan.
“Biasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz.
Bukan setakat menyumbangkan telekung dan barangan keperluan, Aliza juga turut membawa seorang ustaz untuk menyampaikan tazkirah di sana.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percintaan Kembali Bertaut Selepas 20 Tahun Putus, Jennifer Lopez Akhirnya Sah Bergelar Isteri Ben Affleck

Penyanyi Jennifer Lopez mengesahkan dia kini sudah bergelar isteri kepada aktor Ben Affleck pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo.
Dalam perkongsian tersebut, Jennifer turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
“Kami dah berkahwin. Cinta adalah satu perasaan yang sungguh indah dan ini adalah hasil kesabaran kami selama 20 tahun.
“Malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur untuk mendaftar perkahwinan bersama empat pasangan lain demi satu tujuan yang sama.
“Perkara yang paling penting dalam perkahwinan ialah kami berjanji untuk saling mencintai, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.
“Ini merupakan malam terindah buat kami,” kata JLo.
Pasangan ini berkahwin di Little White Wedding Chapel yang dikenali sebagai lokasi perkahwinan popular buat pasangan yang ingin mengadakan majlis secara ekspres dan sederhana.
Jennifer dan Ben yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.
Sebelum ini, Jennifer, 53, dan Ben, 50, pernah bertunang pada 2002 namun putus sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Selepas perpisahan itu, Ben kemudiannya berkahwin dengan aktres Jennifer Garner dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Manakala JLo berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mempunyai sepasang kembar iaitu Emme dan Max.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayu Raudhah Sahkan Sedang Hamil Anak Kelima, Tahniah!

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon jelita Ayu Raudhah memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kelima.
Berita gembira itu disampaikan adik kepada aktres, Rozita Che Wan ini menerusi salah satu hantaran di Instagram.
Menerusi ruangan komen, bintang ini ada meletakkan tanda palang, ‘yesimpregnantagain’ pada foto yang diambil bersama suaminya, Zaquan Adha.
“MY ENDLESS LOVE.. @zaqone_08 #yesimpregnantagain #ifeelloved #ifeelspecial #happy36thbirthdayayuraudhah,” tulisnya.
Serentak dengan pegumuman itu, peminat terus menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.
Bahagia harmoni, keduanya kini telah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.
Foto: Instagram Ayu Raudhah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI